Umur Dah Masuk 40 Tahun Race MotoGP Lagi?

Aktif, Motorsports

Siapa tak kenal, the living legend, Valentino Rossi yang sekarang ni masih lagi race dalam MotoGP! 16 Februari 2019 nanti genap 40 tahun umur Valentino Rossi tapi masih lagi boleh bersaing secara kompetitif dengan pelumba-pelumba muda yang lain. 40 tahun wehh?!

Untuk MotoGP musim baru tahun 2019, Valentino Rossi masih lagi berlumba untuk pasukan Yamaha Factory Racing untuk tahun yang ke-7, selepas berpindah daripada pasukan Ducati. Kontrak Valentino Rossi dengan Yamaha Factory Racing masih lagi berbaki selama dua musim iaitu pada tahun 2019 dan 2020. Maknanya umur 41 tahun nanti Valentino Rossi masih berlumba dalam MotoGP! Bapak ahhh. Korang rasa untuk tahun 2021 nanti Valentino Rossi masih lagi race tak bila dah capai umur 42 tahun?

Setakat ni Valentino Rossi dah pernah berjaya menjadi MotoGP World Champion sebanyak 9 kali, sekali untuk kelas 125cc, sekali untuk kelas 250cc dan 7 kali untuk kelas 500cc dan MotoGP. Valentino Rossi lah satu-satunya pelumba dalam sejarah MotoGP yang pernah jadi MotoGP World Champion dalam kelas 125cc, 250cc, 500cc dan MotoGP. Untuk musim 2019 nanti, Valentino Rossi dah terlibat dalam perlumbaan MotoGP selama 24 tahun! Teammate Valentino Rossi dalam Yamaha Factory Racing, Maverick Vinales akan berumur 24 tahun pada 2019 nanti.

Selain daripada masih lagi aktif berlumba dalam MotoGP, Valentino Rossi juga merupakan pemilik pasukan Sky Racing Team by VR46 yang bersaing dalam kelas Moto3 dan Moto2. Musim 2018, kali pertama Sky Racing Team by VR46 berjaya menang Moto2 World Champion yang dimenangi oleh Francesco Bagnaia.

Apa Komen Legenda MotoGP Yang Lain Pasal VR46 Yang Masih Lagi Berlumba Walaupun Dah Berumur?

Kenny Roberts Jr. – 500cc MotoGP World Champion 2000

“Saya rasa lebih mudah untuk tengok MotoGP kat rumah atas sofa, tapi bukan sebagai Valentino Rossi yang masih aktif berlumba. Saya rasa takde siapa yang nak tengok Valentino Rossi berhenti daripada berlumba. Valentino Rossi seorang yang dashyat”

Wayne Rainey – 500cc MotoGP World Champion 1990,1991,1992

“MotoGP ibarat isterinya! Apa yang Valentino Rossi dah lakukan dalam MotoGP memang menakjubkan. Walaupun pernah melalui beberapa pengalaman pahit semasa berlumba, tapi Valentino Rossi masih enjoy dan murah dengan senyuman.”

Kenny Roberts – 500cc MotoGP World Champion 1978, 1979, 1980

“Takde siapa boleh bandingkan Valentino Rossi dengan pelumba-pelumba lain. Hanya ada satu Valentino Rossi. Saya sendiri rasa saya tak boleh buat apa yang Valentino Rossi buat. Saya salute Valentino Rossi”

Kevin Schwantz – 500cc MotoGP World Champion 1993

“Valentino Rossi merupakan seorang yang workaholic. Sangat menakjubkan sebab Valentino Rossi masih lagi boleh bersaing dalam MotoGP sepanjang musim. Pada saya itu sangat menakjubkan. Valentino Rossi masih lagi nak berlumba untuk 2 tahun lagi pada 2019 dan 2020, saya rasa Valentino Rossi mampu berlumba dengan kompetitif.”

Casey Stoner – MotoGP World Champion 2007, 2011

“Valentino Rossi sentiasa akan semakin laju dan laju. Takde had umur kalau seorang pelumba tu nak terus berlumba dalam MotoGP. Saya rasa Valentino Rossi akan terus bermotivasi untuk terus berlumba.”

Giacomo Agostini – 500cc MotoGP World Champion 1966, 1967, 1968, 1969, 1970, 1971. 1972, 1975

“Valentino Rossi sangat cintakan motosikal dan sangat suka berlumba. Valentino Rossi masih lagi pelumba yang bagus dan laju.”

KATALAKI: FYI, Valentino Rossi mula minat sukan kereta dulu sebelum minat sukan motor.

Last modified: 28 December 2018