Undang-Undang Aneh Negara Asia!

Sembang, ZeKool

Asia merupakan benua terbesar di dunia dari segi area dan juga jumlah penduduk. Benua ini mempunyai keluasan sehingga 17.212 juta kaki persegi dengan jumlah penduduk sebanyak 4.164 billion penduduk. Kalau korang nak tahu, Asia terdiri daripada 48 buah negara tidak termasuk 6 negara bukan dibawah United Nation dan 6 dependent territories.

Jadi dekat semua negara dibawah benua Asia ini, terdapat beberapa undang-undang yang pelik dan lain dari negara lain. Ada yang undang-undang yang aku rasa memang kena dengan status negara Asia dan ada juga undang-undang yang aku rasa macam tak sepatutnya wujud. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa undang-undang rare yang terdapat dekat Asia.

JEPUN

Sejak dari tahun 2008, Jepun telah memperkenalkan satu undang-undang yang dipanggil sebagai Metabo Law. Kalau korang nak tahu, Metabo Law ini telah melarang rakyat Jepun untuk mempunyai badan yang gemuk! Gemuk pun boleh jadi satu kesalahan undang-undang tahu tak!

Bagi rakyat mereka berumur 40 tahun keatas yang berjantina lelaki, waistline mereka dilarang melebihi 33.5 inci dan bagi wanita pula dilarang melebihi  35.4 inci. Tapi kesalahan ini tidak diberikan hukuman penjara ataupun denda sebaliknya mereka akan diberikan beberapa strict dieting guidance yang mereka perlu ikut selama beberapa bulan sehingga berat mereka menurun.

KOREA UTARA

Korea utara memang terkenal dengan undang-undang mereka yang pelik dan kejam namun ada satu undang-undang yang bagi aku sangat kejam dan tidak masuk diakal. Jika di negara lain, penjenayah yang melakukan jenayah biasanya akan menghadapi hukuman seorang diri namun ia berbeza dekat Korea Utara.

Sebaliknya di korea utara, andaikata korang ditangkap kerana melakukan jenayah, korang dan bersama tiga keturunan ahli keluarga korang akan menerima nasib yang sama dengan korang. Undang-undang ini dinamakan sebagai Three Generation of Punishment dan ia selalu digunakan kepada penjenayah yang dikatakan cuba melawan kerajaan Korea Utara.

THAILAND

Semua orang tahu di Thailand, rakyat mereka sangat sayang dengan Raja mereka iaitu Raja Bhumibol Adulyadej. Dia yang mendapat gelaran King Bhumibol the Great merupakan raja yang kesembilan untuk negara Thailand sebelum dia mangkat pada 13 Oktober 2016.

Rakyat Thailand sangat sayang pada bekas raja mereka ini sehinggakan terdapat undang-undang di Thailand yang mana andaikata korang terpijak duit Thailand, korang mungkin akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara kerana dianggap menghina raja Thailand kerana terdapat wajahnya pada duit tersebut. Jadi next time korang ternampak duit dekat Thailand, cepat-cepat kutip dan jangan pijak pula!

KOREA SELATAN

Ketagihan permainan video boleh dikatakan agak kronik dan disebabkan itu pada tahun 2011, kerajaan Korea Utara telah memperkenalkan satu undang-undang yang dipanggil sebagai Shutdown Law ataupun lebih terkenal dengan nama Cinderella Law.

Bagi kanak-kanak yang berumur bawah 16 tahun tidak dibenarkan bermain permainan video pada komputer mereka bermula pada jam 12 tengah malam sehingga pukul 6 pagi setiap hari. Untuk memastikan tiada kanak-kanak yang cuba melanggar undang-undang ini, setiap permainan video di Korea Selatan memerlukan nombor kad pengenalan untuk mereka mendaftar account mereka.

CHINA

Selalu kalau korang dekat Malaysia, banyak sangat kes anak-anak yang tinggalkan ibu bapa dorang apabila mereka sudah dewasa. Ada juga yang meletakkan ibu bapa mereka di rumah orang tua dan selepas itu tidak lagi datang menjenguk dorang sampailah ibu dan bapa mereka sudah tiada.

Andai kata korang melakukan perkara seperti ini di China, korang akan didapati bersalah dan akan dikenakan hukuman dibawah undang-undang yang dipanggil sebagai Elderly Right Law. Undang-undang ini telah dicipta pada tahun 2013 bagi memastikan anak-anak tidak membiarkan ibu bapa mereka apabila mereka sudah tua.

KATALAKI: Aku rasa Malaysia kena ikut undang-undang yang China buat pasal orang tua tu. Biar dorang merasa kena denda sebab abaikan mak bapak!

Last modified: 3 January 2020