Unit 731 – Sisi Gelap Askar Jepun!

Sembang

Bila bercakap tentang perang, semua orang tahu betapa ngeri dan terseksanya orang yang melalui peristiwa ini. Banyak benda yang kita nampak apabila terjadinya peperangan seperti pembunuhan orang awam, penempatan awam kena bom dan banyak lagi. Ini semua kita boleh cakap perkara biasa bila peperangan terjadi.

Tapi ini semua benda yang kita nampak dekat berita tapi sebenarnya terdapat satu lagi sisi gelap yang boleh dikatakan terpaksa dirahsiakan daripada orang awam. Contohnya kekejaman Josef Mengele, seorang doktor daripada askar Nazi yang mana terkenal dengan kekejaman dia melakukan experiment kepada tahanan perang.

Kalau korang nak tahu, Jepun juga terkenal dengan experiment seperti ini dan ia dikenali sebagai Unit 731. Unit 731 merupakan satu division yang dicipta oleh askar Jepun semasa perang dunia kedua. Unit ini mengfokuskan pada biological and chemical warfare.

Salah satu fungsi unit ini adalah untuk melakukan experiment kepada tahanan perang mereka dengan harapan mereka dapat mencipta satu super weapon untuk melawan musuh-musuh mereka. Walaupun unit ini merupakan unit askar Jepun, base untuk unit ini dikatakan berada di China.

Semasa unit ini dibangunkan di China, Jepun sedang berperang dengan China dan hampir 3,000 tahanan telah di tangkap dan di bawa ke Unit 731. Ini Dalam 3,000 tahanan ini, bukan askar sahaja yang ditahan tapi terdapat juga wanita dan juga kanak-kanak!

Hampir semua tahanan ini merupakan orang China tapi ada juga yang menyatakan beberapa orang daripada mereka terdiri daripada orang Soviet Union, Mongolia dan juga Korea. Dikatakan Unit 731 bukan sahaja test weapon pada tahanan mereka tapi mereka juga menguji tahap ketahanan badan manusia.

Dengan menguji tahap ketahanan badan manusia pada tahanan mereka, dorang tahu situasi macam mana yang mungkin akan membahayakan askar dorang sendiri. Ini termasuklah menguji badan manusia terhadap cuaca satu-satu tempat.

Contohnya cuaca sejuk, Unit 731 akan membawa tahanan mereka pada kawasan yang sangat sejuk. Mereka tidak diberikan baju yang tebal dan hanya dibiarkan di kawasan sejuk tersebut dengan baju nipis dan tanpa kasut. Selepas puas, doktor akan memeriksa tahanan tersebut untuk mencari cara menangani frostbite yang selalu berlaku kepada askar mereka.

Unit 731 juga terkenal dengan vivisection, satu bentuk pembedahan yang selalu dilakukan pada haiwan hidup untuk mengkaji sistem dalaman mereka. Unit 731 akan melakukan pembedahan ini pada tahanan mereka yang masih hidup tanpa memberikan tahanan ini bius supaya tahanan ini tetap akan sedar bila mereka dibedah.

Menurut laporan, tahanan ini terlebih dahulu akan diberikan penyakit ataupun virus sebelum doktor membedah badan mereka untuk mengkaji apa yang virus ini lakukan kepada sistem dalaman manusia. Selepas puas mengkaji. tahanan ini akan dibiarkan sahaja mati sama ada mati disebabkan pembedahan ataupun mati disebabkan penyakit dan virus yang ada dalam badan mereka.

Banyak lagi perkara kejam yang dilakukan oleh Unit 731 ini namun tak semua tahu tentang kewujudan unit ini sehinggalah pada tahun 2018 apabila The Guardian telah melaporkan yang Jepun telah mengeluarkan maklumat kepada orang awam tentang kewujudan Unit 731.

Ada yang menyatakan yang America tahu tentang kewujudan Unit 731 ini semasa perang dunia kedua namun bertindak mendiamkan diri sebab pihak Jepun bersetuju untuk berkongsi segala maklumat tentang experiment mereka supaya pihak America boleh gunakan yang untuk melawan Soviet Union.

Unit 731 ini bertahan sehingga tahun 1945 dan sehingga hari ini, terdapat beberapa orang askar dan doktor yang berkhidmat untuk Unit 731 ini yang masih hidup dan berkongsi pengalaman mereka. Apa yang aku boleh cakap adalah Unit 731 merupakan satu benda paling keji yang pernah berlaku semasa perang dunia kedua!

KATALAKI: Macam manalah seorang manusia boleh seksa manusia lain sampai macam ini punya kejam?

Last modified: 28 June 2019