Upacara Unik Pengebumian Keranda Gantung

Sembang

Upacara pengebumian ni dikira sebagai satu upacara yang suci tidak kira lah dari kaum atau bangsa apa. Tapi itu tak bermakna semua upacara pengebumian adalah sama, malah ada tradisi pengebumian yang dilihat paling unik dan rare pernah diamalkan dalam ketamadunan manusia. Upacara atau tradisi pengebumian keranda gantung ni merupakan upacara unik yang diamalkan oleh masyarakat di China semasa abad ke-8. Kalau korang masih tak faham apa tu upacara keranda gantung, ia merupakan satu amalan mengebumian dimana mayat akan diletakkan di dalam keranda dan keranda tersebut akan digantung pada tepi tebing gunung atau bukit yang tinggi.

AMALAN UNIK MASYARAKAT CHINA DAHULU

Jadi ia merupakan amalan dimana keluarga si mati akan meletakkan mayat si mati ke dalam keranda kayu dan kemudian menggantungkannya di tepi tebing yang tinggi. Walaupun tiada siapa tahu kenapa adanya amalan seperti ini, tetapi terdapat beberapa hipotesis tentang kenapa ianya menjadi tradisi satu ketika dahulu. Dikatakan ‘keranda gantung’ ini merupakan amalan masyarakat Bo, iaitu satu etnik minoriti yang wujud 3,000 tahun dahulu.

Dipercayai masyarakat Bo menggantungkan keranda pada tebing yang tinggi samada untuk mengelakkan mayat daripada dimakan haiwan atau untuk memendekkan perjalanan roh si mati ke syurga dengan meletakkan ia setinggi yang boleh. So agak-agak sebab yang mana korang rasa boleh pakai untuk justifiy tradisi yang rare ni?

Menurut kajian, keranda tersebut biasanya diperbuat daripada satu batang pokok (kayu balak) yang diukir sehingga menjadi sebuah keranda. Untuk menggantungkan ia di tebing gunung yang tinggi, ia akan disokong dengan kayu-kayu lain atau dipaku agar ia tak jatuh. Tapi ada juga keranda yang ditinggalkan di dalam gua buatan manusia yang tertanam rapat pada permukaan batu. Pada tahun 2015, ahli arkeologi menemui 131 keranda gantung yang berada di dalam gua tersebut dan dipercayai berusia 1,200 tahun. 

TRADISI YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT LAIN JUGA

Kebanyakkan keranda gantung ini akan ditemui di China. Tetapi terdapat juga tempat lain dimana keranda gantung ini boleh ditemui, iaitu di Filipina dan juga Indonesia. Di Filipina, tradisi ini dipercayai mula diamalkan sejak 2,000 tahun dahulu oleh puak Igorot yang tinggal di kawasan pergunungan. 

Menurut kepercayaan puak Igorot, dikatakan orang-orang tua di situ takut untuk dikebumikan ke dalam tanah. Ia adalah kerana mereka tidak mahu mayat mereka terkena air yang mana ia akan mempercepatkan proses pereputan mayat. Mereka mahukan tempat yang selamat untuk mengebumikan mayat mereka, dan dalam tanah menurut mereka bukan lah tempat yang selamat. Selain itu, dikatakan mayat mereka sering menjadi ancaman haiwan seperti anjing jika ditanam dalam tanah, dan musuh mereka juga akan mengambil kepala mayat daripada puak Igorot untuk dijadikan trofi. Jadi dikebumikan di tempat yang tinggi dilihat sebagai salah satu cara yang selamat untuk menjaga mayat si mati. 

Walaupun keranda-keranda ini berada pada kedudukan yang agak bahaya, ia tidak menghalang orang-orang luar untuk mengunjungi dan melihat sendiri tradisi upacara yang unik ini. Sehingga hari ini, tradisi ini masih diamalkan di Filipina walaupun ia tidak diamalkan secara besar-besaran seperti dahulu. Menurut puak Igorot yang masih ada sekarang, tradisi ini hanya dilakukan selang beberapa tahun sekali. Jadi ia bukan sahaja menjadi tradisi yang rare, malahan tradisi yang jarang juga untuk dilihat. 

KATALAKI: Kalau nak rock climbing mungkin boleh elakkan tempat-tempat keranda gantung ni…

Last modified: 28 July 2020