Urban Legends Jepun Yang Seram Gila!

Sembang

Setiap negara ada urban legends dorang sendiri. Macam kita dekat Malaysia pun ada. Mesti korang pernah dengar cerita-cerita tentang Volkswagen Kuning, Highway Karak, Orang Minyak dan banyak lagilah.

via GIPHY

Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal urban legends dekat Malaysia tapi kisah-kisah daripada Jepun sebab bagi aku, kisah-kisah urban daripada Jepun ini lagi seram and boleh buat korang meremang satu badan jugalah!

TEKE-TEKE

TekeTeke merupakan antara urban legends Jepun yang seram and menakutkan. TekeTeke dikatakan mengisahkan tentang hantu perempuan yang cuma ada separuh badan sahaja dan akan bunuh siapa saja yang terserempak dengan dia.

Dia sebelum ini dikatakan merupakan seorang pelajar perempuan yang mati apabila badan dia terputus dua akibat digilis kereta api apabila terjatuh dekat railway line. Dia kemudian menjadi vengeful spirit atau dalam bahasa Jepun dipanggil Onryo.

via GIPHY

Oleh sebab dia tiada kaki, dia dikatakan bergerak dengan mengheret separuh badan dia menggunakan tangan dan disebabkan dia menggunakan tangan untuk bergerak, tangan dia akan mengeluarkan bunyi Teke Teke dan daripada situlah dia dapat nama TekeTeke. Dia dikatakan akan mengejar mangsa dia dan kalau dia dapat, dia akan potong badan mangsa dia kepada dua macam apa yang jadi dekat dia.

KUCHISAKE-ONNA

Nama KuchisakeOnna membawa maksud SlitMouthed Women. Tengok daripada nama dia pun korang dan boleh tahu macam mana rupa KuchisakeOnna ini. Kisah dia ini boleh dikatakan kisah yang paling popular dan ditakuti oleh rakyat Jepun.

KuchisakeOnna mempunyai tubuh badan seperti wanita biasa dan sentiasa menutup mulut dia penutup mulut yang korang biasa guna time jerebu tu. Sama macam TekeTeke, kerja dia memang bunuh orang sahaja dan sentiasa mencari mangsa.

via GIPHY

Bila terjumpa dengan KuchisakeOnna, Dia akan bertanya soalan sama ada dia cantik atau tidak. Kalau korang jawab tak cantik, dia akan bunuh korang dengan gunting besar yang dia sentiasa bawa, Kalau korang kata dia cantik, Dia akan buka penutup mulut dia dan korang akan nampak mulut dia yang koyak. Cara nak selamat daripada KuchisakeOnna adalah bila dia tanya dia cantik atau tidak, korang kena jawab “soso” dan terus cabut lari!

NURE-ONNA

The Snake Woman ataupun dikenali sebagai NureOnna merupakan salah satu Yokai ataupun makhluk ghaib yang dikatakan mempunyai tubuh badan separuh wanita separuh ular. Tubuh badan atas dia menyerupai wanita cantik dengan rambut panjang dan bahagian dia mempunyai badan ular yang bersisik.

NureOnna dikatakan suka duduk di tepi-tepi pantai atau sungai sambil mencuci rambut dia di kaki air. Dia selalu dijumpai oleh para nelayan ataupun orang yang suka berjalan dikaki pantai pada waktu malam.

Apabila dia rasa diri dia diganggu ketika dia tengah cuci rambut, dia akan membelit badan orang yang kacau dia dan sedut semua darah daripada badan mangsa menggunakan lidah dia yang menyerupai lidah ular!

THE RED ROOM

The Red Room merupakan urban legends Jepun yang agak moden berbanding urban legends yang lain. Ia berkisahkan pop up berwarna merah yang keluar bila korang tengah melayari internet.

Pada popup tersebut akan tertulis “Do You Like____”. Bila korang cuba untuk tutup popup tersebut, ia tetap akan keluar balik. Bila dia keluar balik, ayat dia akan keluar lain sedikit yang mana dia akan tertulis “Do You Like Red?”

Kisah ini diinspirasikan daripada website sebenar yang mempunyai nama yang sama. Bezanya website ini tidak boleh diakses begitu sahaja sebab website ini tersorok dalam kalangan websitewebsite Dark Web. Kandungan sebenar website The Red Room ini dikatakan sangat menyeramkan dan katanya dekat website tersebut terdapat videovideo livestream pembunuhan dan seksaan.

via GIPHY

Amacam? Betul tak aku cakap urban legends Jepun ini seram-seram. Korang suka tak artikel macam ini? Kalau korang suka nanti aku share-kan urban legends daripada negara-negara lain pula!

KATALAKI: Kalau korang jalan sorang-sorang lepas tu dengan bunyi “teke teke teke” cepat-cepatlah lari selamatkan diri ye!

Last modified: 22 February 2019