Valentino Rossi Jatuh, Hafizh Syahrin Menangis!

Aktif, Motorsports

Selesai sudah perlumbaan MotoGP pusingan ke-18 di Sepang International Circuit dengan jumlah kehadiran seramai 169,827 orang! Untuk pusingan terakhir pada 18 November 2018 nanti, pelumba-pelumba akan berentap pula di litar Valencia, Spain.

Aku sempat datang ke Sepang International Circuit hari tu untuk sama-sama saksikan kemeriahan perlumbaan motosikal bertaraf dunia, MotoGP. Ni antara gambar-gambar suasana masa kat sana. Silakan tatap kot-kot ada muka korang.

Penjualan tiket kali ni memang da bomb sebab sold out! Aku rasa seluruh rakyat Malaysia turun padang untuk bagi sokongon dekat Adam Norrodin, Khairul Idham Pawi dan Hafizh Syahrin. Malaysia boleh!

Dalam artikel ni aku nak share dengan korang antara benda-benda penting yang berlaku sepanjang perlumbaan MotoGP di Sepang.

Hafizh Syahrin Buktikan Kehandalan Di Tanah Air

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafizh Syahrin Abdullah (@hafizh_syahrin) on

Tahniah Hafizh Syahrin sebab sekali lagi membuktikan dirinya seorang pelumba yang kompetitif walaupun pada hari Sabtu Hafizh Syahrin gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok depan starting grid disebabkan cuaca hujan semasa sesi kelayakan.

Hafizh Syahrin mulakan perlumbaan di petak terakhir, P23 tapi berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10! Dengan semangat yang diberi oleh bapanya, Abdullah Harun sebelum perlumbaan bermula.

Hafizh Syahrin dan bapanya sempat berpelukan dan menangis sambil bapa Hafizh Syahrin berpesan untuk buat yang terbaik. Hafizh Syahrin turut sekali lagi menangis apabila lagu Negaraku bergema di Sepang International Circuit nyanyian Noh Salleh.

 

 

Adam Norrodin Tersungkur Di Tiga Pusingan Terakhir

Adam Norrodin yang memulakan perlumbaan Moto3 dari laluan pit, beraksi dengan baik sehingga mampu bersaing untuk merebut tempat ke-7 perlumbaan! Tapi Adam yang berlumba dalam keadaan sakit selepas mengalami patah bahu dan koyak ligamen lutut di Motegi, Italy bulan lalu, terjatuh pada tiga pusingan terakhir perlumbaan.

Khairul Idham Pawi Tamatkan Perlumbaan Di Tempat Ke-17

Tahniah juga untuk pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi yang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-17 walaupun gagal untuk mengutip sebarang mata di Sepang International Circuit. Khairul Idham Pawi mulakan perlumbaan di petak yang ke-25, berjaya memintas 8 pelumba lain untuk merebut tempat ke-17 perlumbaan.

Valentino Rossi Tergolek Dok

Valentino Rossi mulakan perlumbaan dengan sangat baik apabila meninggalkan pelumba lain jauh di belakang. Malang buat The Doctor yang terjatuh pada 4 pusingan terakhir ketika mendahului perlumbaan di depan Marc Marquez. Kekecewaan jelas ditunjukkan oleh penyokong-penyokong 46 yang menjerit dan menepuk dahi selepas Valentino Rossi hilang kawalan ketika mengambil selekoh. Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di tempat ke-18.

Tapi yang menjadi bualan orang ramai ialah mengenai perbualan Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi di Twitter. Jarang kita dapat tengok macam ni!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MotoGP (@motogp) on

Jorge Martin Dan Pecco Bagnaia Sah Juara Moto3 dan Moto2

Sepang International Circuit menjadi saksi kemenangan juara dunia Moto3 dan Moto2 untuk musim 2018. Jorge Martin berjaya menamatkan perlumbaan di Sepang di tempat pertama sekaligus dinobatkan sebagai Moto3 World Champion.

Pecco Bagnaia yang mulakan perlumbaan di petak ke-6, menamatkan perlumbaan di tempat ke-3, disahkan sebagai Moto2 World Champion untuk musim 2018. Team Pecco Bagnaia siap buat gag selepas Pecco Bagnaia sah Moto2 World Champion. Malang sekali, motor Pecco Bagnaia tak boleh hidup lepas gimmick yang dilakukan! Mekanik Pecco Bagnaia terpaksa tolak sampai ke garaj.

Tiket MotoGP Sepang 2019 Dah Boleh Beli!

Berita baek untuk korang yang memang selalu stim dengan MotoGP, korang dah boleh beli tiket MotoGP 2019 dengan harga promosi early bird bermula hari ni, 5 November geng! Nah harga untuk korang usha.

Early Bird Promotion (5 November 2018 – 8 March 2019)

  • Premier Roving – RM375
  • Marc Marquez Tribune – RM306.25 (special merchandise included)
  • Hafizh Syahrin Tribune – RM306.25 (special merchandise included)
  • Main Grandstand – RM237.50
  • VR46 Tribune – RM195
  • Petronas Sepang Racing Team Tribune – RM172.50 (special merchandise included)
  • F Grandstand – RM97.50
  • K2 Grandstand – RM55
  • C2 Hillstand – RM55

Korang boleh beli tiket MotoGP Sepang 2019 dekat www.sepangcircuit.com okehh!

KATALAKI: Next year Hafizh Syahrin bawa jentera baru!

Last modified: 7 November 2018