Video Biasa² Di Website Lucah?

Sembang

Jangan tipu, tak yah nak sorok-sorok. Kita semua bersalah sebab selalu tukar DNS wifi ataupun ada apps VPN dalam phone hanya semata-mata nak buka dan surf website-website yang menyajikan video-video blue. Betul tak?

Okay harini kita sembang cerita nakal sikit daripada apa yang biasa kita sembangkan. Dalam berpuluh ratus ribu video yang terdapat di website ternama, Pornhub(PH). Aku sendiri tak tahu jenis video macam mana yang korang suka tapi aku nak kongsikan dengan korang video yang aku rasa best dan recommended untuk try tengok di website PH. Dan jangan risau sebab dalam banyak-banyak video kat sana (website PH tu la), video-video ni adalah 100% selamat dan boleh di tonton tanpa rasa bersalah.

Sebab apa aku kata 100% selamat? Sebab video-video yang terdapat di channel PH Ryan Creamer ini adalah video-video yang dikata sebagai Safe For Work videos walaupun iklan-iklan yang terdapat di page video tersebut lebih “bahaya”. Antara video-video selamat di channel Ryan Creamer termasuk lah; “I DELIVER YOU A PIZZA AND DON’T PUT MY WEINER IN IT,” “POV FOREHEAD KISS COMPILATION” dan “I, Your Step Brother, Decline Your Advances But Am Flattered”.

Image via: Thelaki.com.my

Siapa Ryan Creamer?

Ryan Creamer merupakan seorang pelawak dan penulis untuk website CollegeHumour. Pelawak dan pelakon yang berusia 26 tahun ni memberitahu dia mendapat ilham untuk menciptakan video-video yang selamat ditonton di PH selepas account yang beliau miliki di website PH telah berjaya di verifiedkan sebaik saja ternampak peluang untuk bekerjasama dengan pihak PH di bahagian “Work for Us”.

Selepas account PH Ryan Creamer di verifiedkan, Ryan muat-naik video pertamanya yang berjudul “I Tuck You In After You Have Cum.”. Selepas beberapa hari video tersebut dimuat-naik, video tersebut telah dikongsikan oleh ramai penguna di laman Reddit. Daripada situ Ryan mula untuk muat-naik lebih lagi video-video, seperti “I Hug You and Say I Had a Really Good Time Tonight dan “I Ride in a Taxi and Don’t Have Sex With the Driver.”. Video-video yang dimuat-naik Ryan disengaja membuat sesuatu perkara yang bertentangan daripada apa yang selalunya dilakukan oleh video-video porno yang terdapat di laman web PH.

Creamer berkata pada mulanya, beliau hanya buat video-video tersebut sebagai parodi dengan mengharapkan dapat lebih banyak peluang untuk dikenali sebagai seorang pelakon komedi. Creamer juga berkata, beliau mendapat response yang positive daripada pelakon-pelakon video lucah dan mereka yang dibelakang tabir industri seks. “Setiap orang yang bekerja dalam industri porno dan seks telah layan saya dengan baik” Creamer memberitahu dalam sebuah interview bersama laman web Buzzfeed.

Video-video ciptaan Ryan Creamer berdurasi pendek tidak lebih daripada seminit itu telah mendapat jutaan views di laman web PH dengan response yang positif daripada pengemar laman web tersebut. Selain daripada menonton video-video untuk melayan nafsu, para penonton laman web tersebut juga boleh take a break sambil bergelak ketawa tengok aksi Ryan Creamer melakukan benda-benda yang berlainan daripada video-video lucah.

Kalau korang malas nak tukar DNS wifi atau tak nak buka website PH, korang boleh view contoh video Ryan Creamer kat bawah ni. Kalau korang usha kat Youtube pun, banyak juga orang upload video-video Ryan Creamer ni hehehe

KATALAKI: Fuh buat benda simple pun orang boleh layan tengok video-video dia heeee…

Last modified: 10 August 2020