Video Game Seram Yang Korang Boleh Cuba Dengan Member!

Game, Sembang, ZAP

Ada tak peminat permainan video genre seram dekat sini? Kalau ada memang ini lah tempat yang sesuai untuk korang explore permainan video seram yang lain. Genre seram ni selalunya tak ramai yang nak main, yelah sebab seram! Kalau main sorang-sorang pula memang sentiasa rasa ada yang memerhati di belakang. Sama juga lah kan macam tengok filem seram sorang-sorang. Tapi kalau korang tak berani main sorang, meh aku kongsikan senarai game yang korang boleh main dengan member korang. At least kurang lah sikit seram dia sebab main dengan member ni confirm lebih banyak gelak-gelak walaupun dengan dalam situasi menyeramkan. 

CRY OF FEAR

Nama tajuk game ni je dah minta kita menangis ketakutan. Ianya sebuah game seram yang menguji psikologi pemain untuk mencari jawapan di sebuah kota yang penuh dengan makhluk-makhluk seram. Para pemain akan di bawa ke sebuah kawasan yang penuh kesunyian, berjuang untuk hidup melawan makhluk yang menyeramkan. Walaupun game ni boleh main sorang, tapi lagi seronok kalau korang main dengan kawan-kawan. Ia boleh dimain seramai tiga orang dan game ini boleh didapatkan di platform Steam.

PACIFY

Pacify adalah projek terbaru dari Shawn Hitchcock, pencipta permainan video ‘Emily Wants To Play’ yang popular. Ia masih mengekalkan format yang sama seperti game sebelum ini, dimana objektifnya adalah untuk menyelesaikan teka-teki dalam suasana yang seram. Kalau orang Malaysia main game ni dia akan cakap ada pontianak dalam game ni. Game ni banyak jump scares tau, so ada yang berani nak main tak? Boleh dapatkan game ni di platform Steam juga.

RESIDENT EVIL 5

Okay mungkin game ni tak berapa nak seram sangat, tapi bagi peminat ‘zombie’ ini lah antara game yang boleh dicuba. Dalam game ni korang boleh explore Zon Autonomi Kijuju dan membanteras dalang pengedar senjata biologi dan hentikan Umbrella Corporation. Resident Evil ni banyak siri game tapi yang ni antara yang seronok lah untuk korang main dengan member. Game ni ada dekat banyak platform seperti Steam, Nintendo Switch, PS4, PS3, XboxOne, dan Xbox 360.

DEAD BY DAYLIGHT

Ia merupakan sebuah game seram yang boleh dimainkan oleh empat pemain menentang satu pemain (4 vs 1), di mana satu pemain mengambil peranan sebagai pembunuh, dan empat pemain yang lain sebagai survivor yang cuba untuk melarikan diri daripada pembunuh tadi. Jadi game ni korang boleh main berlima tapi salah sorang kawan korang kena jadi pembunuh. Watak pembunuh ni boleh jadi macam-macam seperti Freddy Krueger, Ghost Face, The Oni dan banyak lagi watak hantu yang diilhamkan dari filem-filem seram atau lagenda cerita hantu. Game ni ada di Steam, Nintendo Switch, PS4, dan XboxOne.

DECEIT

Pernah main game ‘Werewolf’? Yang ni macam ‘Werewolf’ tapi dalam versi permainan video. Game ni korang boleh main dengan lima kawan korang, dan di antara semua pemain tu akan ada yang telah dijangkiti dengan virus. Masa permulaan game tak ada siapa yang tahu siapa yang dijangkiti, jadi siapa yang dijangkiti tu kena secara senyap-senyap menjangkiti pemain yang lain. Dengan suasana yang menyeramkan, game ni akan menguji korang punya kepercayaan terhadap kawan-kawan korangGame boleh didapatkan di platform Steam.

KATALAKI: Dulu main game ‘Silent Hill’ sorang-sorang pun dah rasa seram. Maybe main dengan gang baru kurang sikit seram dia!

Last modified: 23 June 2020