Video Kembar Tom Cruise Guna Teknologi Deepfake

Sembang

Dah banyak dah sebenarnya bukti yang kita boleh nampak sama ada secara tersirat atau pun tersurat tentang keburukan teknologi. Walau bagaimanapun, manusia masih lagi memerlukan kecanggihan teknologi untuk memudahkan urusan harian dan menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat. Tapi disebabkan ada manusia yang cuba menyalahgunakan teknologi, timbul lah isu keburukan yang datang daripada kecanggihan sesuatu teknologi termasuk lah media sosial.

Pada tahun 2019 ni, satu lagi terma baru yang berkait rapat dengan teknologi mula tersebar dan semakin ramai yang cuba mengkaji dengan lebih mendalam iaitu Deepfake.

Deepfake dilakukan dengan teknologi Artificial Intelligent untuk mengubah sesuatu sumber yang asli, sama ada gambar atau pun video, untuk mewujudkan sesuatu benda yang palsu.

Image Via : medium.com

Pada Jun 2019, tersebar video Deepfake mengenai pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg, bercakap mengenai perkara yang tak pernah langsung dikatakan sendiri oleh Mark Zuckerberg. Bayangkan kalau suatu hari nanti, seseorang yang mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju sesebuah negara, digunakan dalam video Deepfake untuk mengeluarkan arahan yang boleh memecahbelahkan dunia.

Sebelum munculnya video Deepfake Mark Zuckerberg, kecanggihan teknologi Deepfake ni dah digunakan secara meluas dalam bidang pornografi. Antara selebriti nama besar yang pernah menjadi mangsa dalam video Deepfake pornografi ialah Gal Gadot, Selena Gomez, Scarlett Johansson, Katy Perry dan Taylor Swift.

Yang terkini, seorang pengguna YouTube yang dikenali sebagai Ctrl Shift Face menyebarkan satu video yang boleh mengejutkan dan menakutkan orang ramai dengan kecanggihan teknologi yang digunakan dalam video Deepfake. Dalam video tersebut, muka pelakon dan pelawak yang pernah melakonkan suara Flint Lockwood dalam filem Cloudy with a Chance of Meatballs iaitu Bill Harder, berubah menjadi Tom Cruise dan Seth Rogen dalam sekelip mata tanpa kita perasan. Korang tengok jap video kat bawah ni.

Video ni sebenarnya video temu bual Bill Harder dalam rancangan Late Show with David Letterman yang ditayangkan pada tahun 2008. Bill Harder juga memang popular dengan bakat meniru suara pelakon-pelakon popular di Hollywood. Ini video asal yang digunakan untuk video Deepfake Bill Harder.
KATALAKI: Ni baru tahun 2019, tak boleh bayangkan 10 tahun lagi dunia semakin maju, apa lagi teknologi yang menyeramkan akan wujud.

Last modified: 20 August 2019