Video Paling Banyak Dislike Di Youtube!

Sembang

Pada 6 Dec 2018, Pihak Youtube telah mengeluarkan video Youtube Rewind 2018 yang mana menampilkan Youtuber-Youtuber yang femes dan jugak yang baru nak meningkat naik dari seluruh negara.

Namun tidak sampai sebulan video ini dikeluarkan, ianya telah menjadi video paling tinggi jumlah Dislike dari penonton dan pengguna Youtube. Video ini telah mengalahkan music video Baby dari Justin Bieber sebanyak 13.4 juta dislike!

Sebelum ini Justin Bieber merupakan pemegang rekod paling lama yang mempunyai video dislike tertinggi di Youtube dengan jumlah dislike sebanyak 10.4 juta untuk lagu Baby.

Kenapa video Youtube Rewind 2018 boleh dapat banyak dislike sampai macam tu sekali? Well beberapa Youtuber dan pengguna platform Youtube telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana bagi mereka Youtube Rewind tidak seperti dahulu lagi.

 

Bagi mereka Youtube Rewind yang terbaru dan beberapa tahun yang lepas telah menampilkan lebih banyak artis-artis terkenal dan juga hos rancangan TV berbanding Youtuber sendiri. Bagi mereka, Youtube tidak menghargai content creator mereka dan lebih mementingkan syarikat-syarikat main stream media seperti NBC dan CBS.

Antara sebab lain jugak adalah tindakan Youtube tidak memasukan Youtuber yang paling banyak subscriber setakat ini iaitu Pewdiepie didalam video mereka.

Youtube Rewind pada asalnya dibuat untuk menghargai YoutuberYoutuber yang semakin meningkat naik dan yang telah mencecah jutaan subscriber. Video pertama Youtube Rewind telah dikeluarkan pada tahun 2010 dengan tajuk 2010 Youtube Rewind: Year In Review.

 KATALAKI: Korang dah follow Youtube channel THELAKI ke belum? Kalau belum klik SINI sekarang!

Last modified: 4 January 2019