Video Paling Panjang Kat YouTube

Sembang

Baru-baru ni, kalau korang perasan, heboh pasal seorang lelaki dari Kluang, Johor yang merakamkan dan berkongsi dengan orang ramai aktiviti tidurnya secara langsung di Facebook. Pemilik akaun Facebook tersebut dikenali sebagai AC Hami, memuat naik video tidurnya secara live stream pada 16 Februari 2020, pukul 1.45 pagi, kini dah mengumpul lebih daripada 60,000 views di Facebook.

Berdurasi selama 1 jam 46 minit 51 saat, bersyukur sebab AC Hami tidur dalam keadaan berseluar jeans, sempat bangun pergi ke tandas, memperlahankan bunyi lagu, memakai pelembap muka, sambung tidur, dan bangun semula untuk menamatkan sesi live stream.

Image Via : Facebook

Nampak macam takde hala tuju je buat live stream masa tidur, tapi sebenarnya mungkin video tidur ni berjaya memberikan pencapaian terbaru kepada AC Hami dalam dunia internet. Dah tercapai satu azam 2020. Menjadi topik bualan di media sosial. Kalau korang buat video tidur, belum tentu lagi boleh kumpul 60,000 views.

Itu yang berlaku di Facebook. Tapi rasanya ramai yang dah tahu, kalau nak cari video yang pelik-pelik, boleh je selongkar YouTube tu. Macam-macam video boleh jumpa. Dah alang-alang kami ceritakan mengenai AC Hami yang tidur hampir 2 jam sambil live stream, kali ni kami cuba cari video yang berdurasi paling lama kat YouTube.

LONGEST ASMR HYPNOSIS VIDEO

Dikatakan video Autonomous Sensory Meridian Response (ASMR) paling lama yang pernah wujud kat YouTube, wanita dalam video ni dikenali sebagai Maggie, cuba menggunakan ASMR untuk menenangkan minda dan badan penonton sehingga boleh tertidur dengan lena.

Berdurasi selama 1 hari 2 jam 8 saat. Korang yang susah nak tidur malam tu boleh la try dengar.

LONGEST CHESS VIDEO

Kalau kat dalam dunia chess versi internet, Tryfon Gavriel yang berasal dari London menggunakan nama Kingscrusher sebagai nama samaran. Memuat naik video main chess selama 20 jam 10 minit 35 saat tanpa henti pada tahun 2015.

LONGEST LIVE STREAM

Kali ni bukan video yang dipertontonkan kat YouTube, tapi 3 orang pekerja Hulu berjaya mencipta Guinness World Records, Longest Video Live-stream pada tahun 2019 selepas menghabiskan masa selama 161 jam 11 minit 32 saat menonton drama bersiri Game of Thrones, daripada musim pertama sampai yang terakhir, sebanyak 2 kali dan menonton beberapa lagi episod Game of Thrones yang dipilih secara rawak. Dorang mula live stream Game of Thrones pada 13 Mei 2019 dan tamat pada 20 Mei 2019.

KATALAKI: Video live stream pelik-pelik apa lagi yang macam best untuk rakyat Malaysia buat agak-agak?

Last modified: 29 February 2020