Video Pertama Di Youtube Dan Sejarahnya

Sembang

13 tahun dulu, seorang lelaki telah meng-upload video pertama di laman web Youtube. Video yang berdurasi 18 saat dengan tajuk “Me at the zoo” itu telah dihasilkan oleh Jawed Karim, salah seorang founder laman web tersebut.

Video tersebut dirakam oleh Yakov Lapitsky, seorang lagi founder Youtube ketika itu. Video tersebut menunjukan Karim yang sedang berada dihadapan kandang gajah yang bertempat di San Diego Zoo.

Sejak dari itu, Youtube telah menjadi platform utama untuk mereka yang gemar menonton video dan juga kepada mereka gemar menghasilkan pelbagai video content.

Pada tahun 2015, lebih dari 400 jam video telah di-upload ke Youtube setiap minit dan mempunyai pengguna berdaftar melebihi 1 billion seluruh dunia.

Tahukah korang yang sebenarnya laman web Youtube pada mulanya dicipta sebagai laman web cari jodoh namun oleh kerana tidak mendapat sambutan, founder Youtube akhirnya merubah objektifnya kepada platform untuk video uploading.

Semasa Youtube mula mendaftarkan domain-nya pada tahun 2005, sebuah syarikat bernama Universal Tube and Rollform Equipment yang berasal dari Ohio telah cuba menyaman Youtube apabila mereka mengatakan ramai pengguna yang keliru antara website mereka iaitu utube.com dengan Youtube.com.

Saman ini tidak diteruskan dan akhirnya syarikat tersebut merubah laman website mereka ke utubeonline.com.

KATALAKI: Punyalah lama Youtube ni. Sekarang ni Youtube penuh dengan video troll dan dark web unboxing je.

Last modified: 9 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *