Video² Yang Pernah Cipta Rekod Kat YouTube

Sembang

Sekarang ni YouTube merupakan salah satu platform paling penting untuk manusia selain daripada Instagram, Facebook, Twitter dan Netflix. Sama ada dalam bidang muzik, filem, drama, berita dan macam-macam lagi video yang gunakan YouTube sebagai salah satu jalan untuk menyampaikan sesuatu kandungan kepada manusia di seluruh dunia.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, ada banyak rekod yang berjaya dicipta di YouTube menerusi video yang boleh menarik orang ramai untuk tengok. Jom kita tengok rekod yang pernah dicipta kat YouTube sejak tahun 2005.

Video Paling Tua Yang Mencecah 1 Billion Tontonan

Baru-baru ni, video muzik kumpulan rock terkenal, Queen dengan lagu Bohemian Rhapsody berjaya mencatat rekod video paling tua yang berjaya mencecah 1 billion tontonan di YouTube.

Video muzik Bohemian Rhapsody mula dimuat naik di YouTube pada tahun 2008. Selepas kejayaan filem biografi mengenai Queen dan Freddie Mercury yang bertajuk Bohemian Rhapsody ditayangkan pada tahun 2018, kini muzik video Bohemian Rhapsody berjaya mencecah jumlah tontonan sebanyak 1 billion.

Video Paling Banyak Tontonan

Dengar 1 Billion tontonan pun dah rasa melampau. Tapi sebenarnya jumlah tontonan video muzik Bohemian Rhapsody jauh ditinggalkan oleh video yang paling banyak tontonan kat YouTube. Kali pertama dimuat naik kat YouTube pada tahun 2017, video muzik Despacito daripada Luis Fonsi dan Daddy Yankee merupakan video paling banyak ditonton kat YouTube setakat ni dengan jumlah tontonan sebanyak 6.3 billion. Wow.

Video Live Stream Paling Banyak Tontonan

Kali pertama YouTube menggunakan kemudahan live streaming ialah pada tahun 2009 dengan menayangkan konsert U2. Pada tahun 2012, rekod baru tercipta selepas video live stream Felix Baumgartner lompat daripada angkasa lepas merupakan video live stream paling banyak ditonton dengan jumlah tontonan sebanyak 8 juta. Kalau korang tak pernah lagi tengok, boleh tengok kat bawah ni.

YouTube Channel Paling Ramai Subscriber

Justin Bieber merupakan pemuzik yang paling banyak subscriber kat YouTube dengan jumlah subscriber sebanyak 45.9 juta. Video pertama yang dimuat naik oleh Justin Bieber kat YouTube ialah video Justin Bieber menyanyikan lagu Ne-Yo pada tahun 2007.

Setakat ni, YouTube channel yang berjaya mencatat rekod paling banyak subscriber ialah YouTube channel T-Series dengan jumlah subscriber sebanyak 106.7 juta mengalahkan PewDiePie yang mempunyai 98.2 juta subscribers. T-Series merupakan label muzik yang berasal dari India.

KATALAKI: Rasanya nanti mesti akan ada pencabar baru untuk rekod yang pernah dicipta sebelum ni memandangkan dunia semakin moden dan semakin digital.

Last modified: 31 July 2019