Videogame Mega Man Keluar Kasut!

Sembang

Syarikat pengeluar videogame Jepun terkenal CAPCOM telah pun berkolaborasi dengan jenama kasut terkenal Asics untuk mengeluarkan koleksi terbaharu menerusi videogame klasik yang menjadi kegemaran anak-anak muda zaman 90an, Mega Man. Koleksi khas yang menampil sebuah kasut sneaker, t-shirt, sweatshirt serta bag.

Yang menarik sekali, design untuk koleksi Mega Man ini disertakan dengan artwork yang direka dalam bentuk 8-bit pixel art yang diambil sama seperti game original Mega Man 1987. Kasut sneaker kolaborasi antara Asics dan CAPCOM ini juga direka daripada reka bentuk kasut sneaker model GEL-BND Asics.

Image via: Thelaki.com.my

Model yang telah dikembang daripada kasut triatlon. Model GEL-BND ini juga dipilih kerana reka bentuk kasut yang sama seperti kasut Mega Man didalam videogame. Pada permukaan diatas dipilih untuk menghasilkan tekstur grafik 8-bit daripada video klasik Mega Man, manakala details pada pemegang tali kasut kelihatan seakan Buster Gun yang digunakan didalam videogame Mega Man. Kotak kasut sneaker Mega Man ini juga ditampil dalam bentuk sepert kartrij videogame klasik Mega Man.

Image via: Thelaki.com.my

Untuk design pada t-shirt & sweatshirt pula jelas kelihatan Asics & CAPCOM ingin menampilkan gabungan sukan dan videogame, dengan menunjukkan design Mega Man berlari sambil memakai kasut Asics. Terdapat juga tuliskan dalam bahasa Katakana Jepun yang bermaksud “All bosses, no damage” yang membawa maksud melengkapkan level game tanpa sebarang kesilapan. Design rekaan elemen Jepun ini untuk menunjukkan bahawa Mega Man dan Asics kedua-duanya berasal dari Jepun.

Untuk gamers 90an yang memang minat game Mega Man ini, ini antara koleksi must-have untuk korang.

KATALAKI: Berahi boh tengok kasut Mega Man ni…

Last modified: 6 November 2019