Virtus.Pro Juara KL Major 2018!

Game, Tech

Setelah berberapa hari bertarung di KL Major 2018, Pasukan Virtus.Pro akhinya menjuarai KL major 2018 setelah mengalahkan Team Secret dengan 3-2.

Perlawanan akhir yang membawa ke round ke 5 ini betul-betul membuat peminat tidak senang duduk. Pada round pertama, pasukan dari Rusia ini berjaya membawa mata pertama namun pada pusingan kedua dan ketiga, pasukan Team Secret mula menganas dengan membawa point kedua dan ketiga.

Pada pusingan ke 4, pasukan Virtus.Pro mengejutkan pasukan Team Secret dengan memenangi mata ke 4 membuatkan mereka seri dan membawa ke pusingan 5 dan terakhir.

Akhirnya pada pusingan ke 5, pasukan Virtus.Pro akhirnya berjaya memenangi point ke 5 dan akhirnya dinobatkan sebagai pemenang KL Major 2018.

Virtus.Pro membawa pulang USD350 ribu dan 4950 DPC(Dota Pro Circuit) Point. Manakala Team Secret membawa pulang USD170 ribu dan 3,000 DPC Point.

Kredit Gambar : MyGameOn

Untuk tempat ke 3, pasukan Evil Geniuses membawa pulang USD100 ribu dan 2,100 DPC Point dan tempat ke 4 dimenangi oleh Ninja In Pyjamas(NIP) dengan membawa pulang USD80 ribu dan 1,350 DPC Point.

Kredit Gambar : MyGameOn

KL Major 2018 merupakan kejohanan terbesar Dota 2 buat Dota Pro Circuit untuk musim 2018/2019. Dalam kejohanan ini 16 pasukan antarabangsa bertarung demi menjuarai KL Major 2018.

KataLaki: USD350 ribu tu kalau convert ke RM mau dekat 1.5 juta Ringgit Malaysia WOW!

Last modified: 19 November 2018