Vivo Apex 2019 – Smartphone Tanpa Button & Tanpa Charging Port!

Gadget, Tech

Baru-baru ini, pihak Vivo ada memperkenalkan satu smartphone terbaru mereka yang dipanggil sebagai Vivo Apex 2019. Sekali pandang nampak macam smartphone biasa yang dah banyak dekat pasaran sahaja tapi Vivo Apex 2019 ini mempunyai beberapa ciri yang bagi aku agak pelik.

Feature yang aku nak cakap ini adalah smartphone Vivo Apex 2019 ini tidak mempunyai sebarang butang fizikal dan tiada port pengecasan. Jangan risau sebab ini pun pertama kali aku tengok smartphone macam ini.

Vivo Apex 2019 ini menggantikan sebarang butang fizikal dengan capacitive touch dan pressure sensing button yang dipanggil sebagai TouchSense yang terdapat pada screen smartphone Vivo Apex 2019 ini. Kedudukan TouchSense ini pula akan terdapat pada bahagian yang biasanya button tersebut berada.

Contohnya untuk Home button, pada smartphone biasanya akan diletakan pada bahagian bawah tengah so untuk tekan Home button pada Vivo Apex 2019 ini korang cuma perlu tekan pada bahagian yang sama. Bila korang tekan pada bahagian tersebut, akan ada satu vibration yang memberikan satu feel pada jari korang.

Tiada charging port yang diletakan pada smartphone Vivo Apex 2019 ini dan aku tahu mesti korang tertanya-tanya “abis tu nak charge phone macam mane?”, Dibahagian belakang Vivo Apex 2019 ini terdapat satu magnetic conductive charger bersaiz 40W yang dipanggil sebagai MAgPort. Dengan menggunakan MagPort ini, korang boleh charge Vivo Apex 2019 dan transfer data.

Image Via: https://wiser.my

Vivo Apex 2019 ini dilengkapi dengan Snapdragon 855 chipset, 12GB RAM dan 512GB internal storage. Kalau dilihat daripada reka bentuk Vivo Apex 2019 ini, boleh dikatakan tiada camera hadapan yang diletakan pada smartphone ini. Cuma dual camera dibahagian belakang sahaja yang kelihatan. Camera belakang untuk Vivo Apex 2019 ini adalah sebesar 12 megapixel dan 13 megapixel.

Memang pelik betul rekaan Vivo Apex 2019 ni. Vivo Apex 2019 ini juga dikatakan smartphone pertama daripada Vivo yang meletakan feature 5G. Buat masa ini tiada lagi sebarang tarikh official bila smartphone ini akan mula dijual dipasaran dan berapa harganya.

KATALAKI: Smartphone tanpa front camera macam ini ada ke orang nak beli? Lagi-lagi orang-orang muda. hmmmm

Last modified: 11 April 2019