Vivo Keluarkan Sub-Brand Smartphone Terbaru!

Gadget, Tech

Vivo baru-baru ini telah memperkenalkan subbrand terbaru mereka yang diberi nama IQOO. Smartphone terbaru bagi jenama IQOO ini dilihat mempunyai ciri binaan premium. Seperti smartphonesmartphone terbaru tahun ini, Vivo IQOO didatangkan dengan notch berbentuk Dewdrop.

Pada bahagian belakang smartphone ini terdapat triple rear camera yang disusun secara vertical pada bahagian atas kiri dan LED flashlight dibahagian bawahnya. Terdapat logo IQOO pada bahagian bawah kiri. Ini merupakan smartphone flagship pertama bagi jenama IQOO.

Smartphone ini mempunyai 6.41 inci AMOLED display dengan FullHD+ dan mempunyai resolusi sebesar 1080 X 2340 pixels. Screentobody ratio pula sebesar 91.7%. Ia didatangkan dengan Qualcomm Octacore Snapdragon 855 chipset. Terdapat fingerprint scanner pada bahagian screen.

Vivo IQOO mempunyai OS Android Pie dengan FunTouch didalamnya. Bagi camera belakang smartphone ini adalah sebesar 13 megapixel + 12 megapixel dan 2 megapixel. Bagi camera hadapan pula sebesar 12 megapixel.

Bagi bahagian battery pula, Smartphone ini mempunyai battery sebesar 4000mAh dan didatangkan dengan 44W Super Flash Charge. Smartphone ini mampu untuk recharges sehingga 50% dalam masa 15 minit sahaja.

Terdapat dua warna yang dikeluarkan untuk Vivo IQOO ini iaitu warna Lava Orange dan ElecroOptic Blue. Smartphone ini telah mula dijual di China bermula minggu ini dengan harga RMB2,998 untuk versi 6GB RAM dan untuk versi 12GB RAM pada harga RMB4,298. Buat masa ini masih belum ada info samada smartphone ini akan dijual pada pasaran Malaysia.

KATALAKI: Mahal jugak Vivo IQOO ni. Selalunya subbrand mesti jual murah-murah.

Last modified: 4 March 2019