Vivo S1 – Unlock Your Style Bro!

Gadget, Tech

Minggu ini pihak Vivo telah melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu Vivo S1. Smartphone ini merupakan siri pertama untuk Vivo S yang mana target market mereka adalah untuk remaja ataupun mereka yang berjiwa muda.

Kalau tengok daripada segi spec dan harga yang dorang tawarkan, aku boleh kata smartphone ini agak berbaloi untuk dibeli oleh mereka yang sedang mencari Android MidRange smartphone yang berada dalam lingkungan harga RM1,000.

Vivo S1 ini mempunyai screen sebesar 6.38 inci FullHD+ dengan Super amoled Ultra All Screen dan mempunyai screen-to-body ratio sebanyak 90%. Dengan screen yang besar, korang boleh melihat video ataupun bermain permainan video dengan lebih puas.

Pada bahagian screen Vivo S1 ini juga terdapat feature Screen Touch ID seperti mana yang terdapat pada smartphone mereka sebelum ini iaitu Vivo V15 Pro. Pada bahagian belakang pula, body untuk smartphone ini nampak menarik dengan color gradations yang mereka gunakan. Terdapat dua warna untuk Vivo S1 ini iaitu warna Diamond Black dan Skyline Blue.

Untuk bahagian camera pula, Vivo S1 ini menggunakan triple rear camera setup iaitu sebesar 16 Megapixel untuk camera utama, 8 Megapixel AI Super-wide Angle Camera dan 2 Megapixel Depth Sensor Camera. Untuk camera hadapan pula, Vivo meletak camera sebesar 32 Megapixel AI Selfie Camera untuk smartphone Vivo S1 ini.

Untuk spec dalaman pula, smartphone Vivo S1 ini mempunyai 6GB RAM dan 128GB untuk storage. Battery dia juga cukup besar iaitu sebesar 4,500mAh dan mempunyai Dual-Engine Fast Charging processor jadi tempoh pengecasan dapat dikurangkan berbanding smartphone lain. Pada bahagian processor pula, Vivo S1 ini menggunakan Mediatek Helio P65 Octa Core.

Bagi bahagian Operating System (OS) pula, smartphone Vivo S1 ini menggunakan Funtouch OS 9 yang berpandukan pada Android 9.0 Pie yang mempunyai feature Smart Button dan juga AI Jovi. Bagi yang tertanya sama ada smartphone ini boleh digunakan untuk bermain video games atau tidak, korang tak perlu risau.

Sebab seperti smartphone Vivo lain, Vivo S1 ini juga mempunyai feature Ultra Game Mode dengan MultiTurbo dan Competition Mode bagi melancarkan korang bermain video games pada smartphone Vivo S1 ini dan mengurangkan lagging sambil membantu korang menjimatkan battery.

Smartphone Vivo S1 ini boleh di preorder bermula pada hari ini sehingga 26 July 2019 dan ia akan mula dijual di semua kedai rasmi Vivo, authorised dealers dan website rasmi mereka pada 27 July 2019. Harga untuk smartphone Vivo S1 ini bagi aku sangat murah iaitu hanya RM1,099 sahaja.

KATALAKI: Kalau korang nak beli, aku nasihatkan beli yang warna Skyline Blue sebab nampak lawa gila dan ada nampak macam Huawei P30 Pro sikit warna dia hahaha!

Last modified: 25 July 2019