Vivo V15 Pro – Smartphone Dengan Pop-Up Camera!

Gadget Bro, Watch

Baru-baru ini Vivo baru saja keluarkan smartphone terbaru dorang iaitu Vivo V15 dan Vivo V15 Pro. Masa dorang launching mula-mula dulu aku tak rasa berminat pun. But lepas aku tengok balik dia punya feature yang dorang letak dalam smartphone terbaru dorang ni terus aku beli Vivo V15 Pro!

via GIPHY

Satu benda yang buatkan aku tertarik dengan Vivo V15 Pro ini adalah dia punya feature Pop Up Camera. Bila nak selfie saja terus aku rasa macam futureristik-nya aku hahaha! Vivo telah meletakan kembali Vivo Ultra FullView Display dekat Vivo V15Pro. Tak silap aku antara smartphone yang Vivo letak feature macam ini adalah dekat smartphone Vivo Nex and kalau tak silap aku Vivo Nex adalah smartphone pertama yang letak feature pop up camera.

Dengan screen sebesar 6.39 inci dan Super Amoled Ultra Fullview, kalau nak tengok movie or video dekat Vivo V15 Pro ini memang puas hati gila. Screentobody ratio dia pula sebesar 91.64%. Dekat bahagian kanan Vivo V15 Pro ni, ada power button dan juga volume rocker. Dekat bahagian kiri dia pula terdapat dual simcard tray. Dekat bahagian atas dia still ada audio jack dan kalau korang tengok dekat bahagian kanan atas, terdapat tempat front camera dia menyorok. Dekat bahagian bawah pula, Terdapat micro usb port, speaker dan juga extra slot kalau korang nak letak memory card.

via GIPHY

Spec untuk smartphone ni bagi aku agak nice jugalah. Vivo V15 Pro ni dilengkapi dengan Snapdragon 675AIE OctaCore processor, 6GB RAM dan 128GB storage. Battery untuk phone ni pula adalah sebesar 3700mAh. Walaupun phone still menggunakan micro usb charging dan bukan usb c, phone ini still ada feature fast charging.

Vivo V15 Pro ni mempunyai feature Dual Engine Fast Charging yang mana dia mampu untuk charge sehingga 24% power dalam masa 15 minute. Still lajulah berbanding phone biasa. Aku dah try guna phone ni sehari tanpa charging dan selepas sehari aku buka Spotify, buka youtube, layan facebook, twitter, Instagram, battery dia daripada 100% akan turun sehingga 65% – 60% lepas lebih kurang 8 jam aku guna nonstop.

Walaupun sebelum ini sudah terdapat smartphone yang membawa ciri elevating front camera seperti smartphone Vivo sebelum ini iaitu Vivo NEX, Vivo V15Pro nampaknya telah menambahbaik lagi kamera hadapan mereka dengan memberi megapixel yang lebih besar iaitu sebesar 32 megapixel!

Dengan meletak feature elevating front camera, ini telah membuatkan smartphone ini tidak mempunyai notch dan mempunyai screentobody ratio yang lebih besar iaitu 91.64%. Dengan Super AMOLED Ultra FullView display yang sebesar 6.39 inci, ini membuatkan pengalaman menonton video dan bermain permainan video pada smartphone ini lebih menyerlah.

via GIPHY

Untuk kamera belakang, Vivo V15Pro meletakan triple camera feature yang sebesar 48 megapixel untuk kamera utama, 8 megapixel AI Super Wide-Angle dan 5 megapixel Depth. Dengan AI Super Wide-Angle Camera, pengguna boleh menangkap gambar dengan lebih banyak orang dan fuller landscape shots!

Satu lagi feature yang aku suka adalah fingerprint scanner dia. Kalau smartphone sebelum ini yang aku pernah guna fingerprint scanner dia sama ada dekat belakang phone or dekat button depan. Untuk Vivo V15 Pro ini dia guna InDisplay Fingerprint Scanner. Maksudnya fingerprint scanner dia memang dah build in dalam screen dia. Unlock pun agak laju wey!

via GIPHY

Bagi smartphone dengan feature macam ni dan bawah harga RM2000, bagi aku still masuk akal lagi. Quality kamera dia pun agak mantap untuk front and back camera. Plus aku suka camera depan dia jenis pop up macam ni. Cuma ada beberapa feature dia yang aku tak minat contohnya untuk notification dengan taskbar dia pecahkan kepada dua. Untuk bukak notification bar kau kena swipe down manakala untuk taskbar kau kena swipe keatas. Rasa macam agak renyah dekat situ.

KATALAKI: Nak dekat sebulan aku pakai Vivo V15 Pro ni, buat masa ni aku puas hati dengan performance  dia!

Last modified: 6 April 2019