Wajib Tahu: 45 Bunga Api Yang Sah Tahun 2020

Sembang

Betapa uniknya bulan Ramadan dan Syawal tahun 2020 kali ni, bukan je sebab kita tak dibenarkan untuk balik beraya di kampung, tapi kita juga dah jarang dapat tengok berita mengenai tragedi lelaki dewasa yang tak berpuasa di khalayak ramai disumbat ke dalam van jenazah dan kemalangan bunga api atau mercun.

Tak meriah lah raya kalau takde percikan bunga api, betul? Tapi kena ingat, dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2020 ni, kita tetap kena patuh dengan arahan atau standard operating procedure (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan supaya sejarah hitam dunia lengang disebabkan pandemik COVID-19 tidak kembali berulang, terutama sekali di Malaysia.

Kalau korang tertanya-tanya, bunga api jenis apa yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dijual kepada umum, sebanyak 45 jenis bunga api yang boleh dibeli dan dimainkan oleh seluruh rakyat Malaysia. 45 jenis bunga api tersebut terdiri daripada 36 jenis bunga api berjenama Pop-Pop dan Happy Boom yang boleh dibeli dan dijual secara umum semasa musim perayaan dan 9 jenis bunga api berjenama Happy Boom yang hanya boleh dibeli dan dijual berserta syarat tertentu.

Kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membeli dan menjual 45 jenis bunga api ni bukan bermakna kita boleh beli, jual atau main sesuka hati. Ada beberapa syarat penting yang perlu dipatuh semasa membeli, menjual atau bermain bunga api, ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan keselamatan awam terjamin antaranya bunga api tidak dibenarkan untuk dijual kepada pembeli berumur bawah 18 tahun atau secara atas talian menerusi sebarang aplikasi media sosial. Selain tu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga menetapkan had tempoh bermain mercun adalah tidak melebihi jam 12 tengah malam dan hanya dibenarkan untuk bermain bunga api di kawasan lapang dan selamat.

KATALAKI: Kepada korang yang dah cukup dewasa, pastikan sentiasa memantau aktiviti adik-adik yang bermain bunga api.

Last modified: 20 May 2020