Wajib Tahu Season Terbaharu The Umbrella Academy

Sembang, ZAP, ZeKool

Selepas lama menantikan, akhirnya kita juga semakin dekat dengan kemunculan season terbaharu siri The Umbrella Academy, sebuah siri keluaran Netflix yang merupakan adaptasi daripada komik hasil ciptaan Gabriel Bá dan Gerard Way yang juga dikenali sebagai vokalis kumpulan My Chemical Romance (ya, yang penyanyi tu la).

Kalau korang masih lagi kurang pasti tentang apa yang kami sebutkan diatas dan nak jump in the bandwagon tentang apa sebenarnya kisah siri Umbrella Academy, korang boleh baca tentang Umbrella Academy yang Thelaki pernah tulis kat SINI. Dah settle baca kan? Okay boleh sambung baca pulak artikel kat bawah ni.

Okay kalau korang memang peminat sejati siri The Umbrella Academy (macam kami semua lah), kita semua tentunya sudah tak sabar-sabar nak menyaksikan episod pertama untuk season kedua, yang paling penting sekali nak tahu apa kesudahan yang berlaku selepas terjadinya cliffhanger kemanakah arah tuju sebenar buat ketujuh-tujuh ahli superhero The Umbrella Academy dan tak lupa juga tentang kuasa sebenar yang dimiliki oleh Vanya yang dilakonkan oleh Ellen Page.

Menurut Netflix, untuk season pertama Umbrella Academy, ianya berjaya meraih lebih 45 juta ahli isi rumah Netflix yang menonton rancangan tersebut, ini bermaksud 70% untuk setiap episode dalam 10 episod secara keseluruhan. Disebabkan populariti ini yang membuatkan Netflix untuk tidak teragak-agak meneruskan kesinambungan rancangan Umbrella Academy.

Dan kemungkinan besar juga The Umbrella Academy akan dilanjutkan sehingga season ketiga, ini disebabkan Gerard Way dan Gabriel Bá telah menerbitkan sebanyak tiga jilid novel grafik The Umbrella Academy iaitu Apocalypse Suite, Dallas dan Hotel Oblivion.

Menurut penerbit The Umbrella Academy, Steve Blackman mengatakan “Saya harap kita dapat menyaksikan season ketiga dan ke-empat The Umbrella Academy. Tapi setahu saya, pengakhiran setiap season itu adalah yang paling penting sekali untuk Netflix”. Ini juga lebih kurang memberikan sedikit hint bahawa The Umbrella Academy akan dilanjutkan sehingga musim ke-empat, barangkali?

MUSIM TERBAHARU 31 JULAI!

Rasa macam lebih daripada setahun selepas pengakhiran season pertama The Umbrella Academy. Namun selepas lama menunggu, akhirnya syarikat penstriman berbayar Netflix akhirnya mengumumkan tarikh untuk season kedua The Umbrella Academy yang akan ditayangkan pada 31 Julai 2020.

Pengumuman tersebut turut diumumkan dengan cara paling sempoi sekali apabila kita dapat lihat kesemua tujuh-tujuh watak utama The Umbrella Academy berada dirumah masing-masing (sebab pengumuman ini dilakukan ketika berlakunya perintah lockdown coronavirus di Amerika Syarikat) menari mengikut rentak lagu 80an “I Think We’re Alone Now” oleh penyanyi Tiffany.

Kalau korang perasan, lagu dan tarian ini adalah yang sama yang para pelakon utama The Umbrella Academy menarikan pada episod pertama di season pertama The Umbrella Academy.

Untuk season kedua The Umbrella Academy ini, proses rakaman dijalankan pada Jun 2019 dan menurut Steve Blackman, ianya memakan tempoh selama 18 bulan untuk merakamkan setiap siri.

Walaupun terdapat bermacam-macam halangan dan isu yang terjadi di Amerika Syarikat ketika negara itu menghadapi situasi pandemik koronavirus yang menyaksikan majoriti produksi TV dan filem yang terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Namun ianya tidak menjadi penghalang untuk team produksi The Umbrella Academy meneruskan post-production season terbaharu rancangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Even #corona can’t stop an Umbrella Academy Mix! But I swear we’re washing our hands… @umbrellaacad #purell @umbrellaacademylat @netflix #netflix

A post shared by Steve Blackman (@steveblackmantv) on

LAMA DAN BARU

Secara kesimpulannya kesemua watak-watak anak superhero Hargreeves akan kembali untuk kesinambungan The Umbrella Academy season kedua. Maka setiap watak-watak favourite korang semua masih ada seperti Vanya (Ellen Page), Luther (Tom Hopper), Allison (Emmy Raver-Lampman), Klaus (Robert Sheehan), Diego (David Castañeda), Number Five (Aidan Gallagher), dan kali ini juga watak Ben yang dilakonkan oleh Ethan Hwang akan memberikan lebih impak berbanding season pertama.

Dalam sebuah interview laman web Den Of Geek, Ellen Page memberitahu bahawa watak Vanya yang beliau mainkan akan lebih menarik untuk di explore, “Ianya seperti Vanya 2.0”.

Selain mengekalkan watak-watak utama The Umbrella Academy, siri terbaharu ini juga turut menambah 3 lagi watak baharu yang akan membantu kesinambungan jalan cerita ketujuh-tujuh superhero.

Pelakon Ritu Arya akan tampil sebagai watak Lila yang dikatakan seorang yang mempunyai kuasa ‘chameleon’, Yusuf Gatewood yang melakonkan watak sebagai Raymond yang merupakan watak seorang yang sangat bijak dan mempunyai confident yang tinggi untuk mengetuai pasukan, dan juga watak Sissy yang dipegang oleh Marin Ireland, Sissy merupakan watak seorang ibu dari Texas.

Namun yang unik sekali, ketiga-tiga watak baru ini adalah watak yang tidak wujud didalam komik The Umbrella Academy, jadi agak sukar untuk tahu kisah disebalik watak Lila, Raymond dan Sissy.

Kemungkinan watak-watak baharu ini adalah watak yang juga mempunyai super power mereka yang tersendiri memandangkan terdapat 43 kanak-kanak yang lahir dengan kuasa unik menurut jalan cerita di dalam dan di siri The Umbrella Academy.

APA JADI DALAM SEASON 2?

Kalau pada akhir season pertama, kita menyaksikan watak Number Five menyelamatkan adik-beradiknya apa dunia mula musnah dan superhero The Umbrella Academy berjaya time-travel ke tempat lain.

Dalam season 2 ini kita akan dapat lihat anak-anak Hargreeves di sebuah zaman dan tempat yang berlainan dan bagaimana mereka cuba untuk menyelamatkan keadaan dunia yang sebenar dan cuba untuk menyelesaikan kuasa yang dimiliki oleh Vanya yang mengancam mereka semua. Namun menurut pihak produksi The Umbrella Academy, plot dan jalan cerita tidak 100 peratus sama dengan apa yang dibaca didalam komik.

Secara total terdapat 8 novel grafik The Umbrella Academy yang telah dirancangkan dan menurut penulis; Gerard Way mereka sedang menerbitkan untuk siri ketiga The Umbrella Academy.

KATALAKI: Tak sabar nak tengok kuasa sebenar watak Ben ngan Klaus!

Last modified: 5 June 2020