Wajib Tahu – Smartphone Lipat Galaxy Z Fold

Tech

Sebelum kita masuk dalam tahun 2019, dahulunya kita dapat rasakan yang smartphone dengan touch screen yang boleh di lipat hanyalah angan-angan mat jenin semata-semata. Akan tetapi selepas beberapa syarikat pengeluaran smartphone dah lancarkan bermacam-macam jenis inovasi, smartphone dengan fungsi touch screen jenis yang boleh di lipat menjadi lebih daripada apa yang kita semua bayangkan.

Tanpa membuangkan banyak masa, ketika acara pelancaran smartphone siri Galaxy S terbaharu, Samsung juga sempat mendedahkan smartphone terbaharu dengan touch screen yang boleh di lipat. Digelarkan sebagai Galaxy Z Flip, smartphone ini yang boleh dilipat ini mempunyai reka bentuk clamshell yang sama dengan konsep flipphone zaman dahulu.

Selepas ramai yang mengkritik dengan kegagalan smartphone Galaxy Fold yang pernah dikeluarkan terdahulu oleh Samsung. Banyak perubahan dari segi konsep dan reka cipta yang telah dibaik pulih oleh Samsung untuk pastikan rekaan flip smartphone kali ini lebih berjaya dan mesra penguna.

Mari kita usha benda-benda yang ramai patut tahu tentang smartphone lipat terbaharu daripada Samsung ini.

LIPAT 200,000!

Antara salah satu sebab yang membuatkan rekaan Galaxy Fold sebelum ini kurang berjaya adalah kerana ensel yang tidak berapa elok apabila ianya senang berhabuk dan kotor. Untuk Samsung Galaxy Z Fold kali ini ianya didatangkan dengan ensel lipatan yang seemless dan menggunakan perisai berserat untuk melindungi smartphone ini daripada habuk, kotoran, dan serpihan kecil. Samsung mengatakan Galaxy Z Flip ini boleh dilipat dan dibentangkan lebih daripada 200,000 kali jauh lebih baik daripada smart flip phone keluaran Motorola razr yang mempunyai masalah lipatan yang sama.

AMBIK SELFIE TAK PAYAH BUKA

Kalau dilihat dari luar, Galaxy Z Flip ini mempunyai Cover Diplay yang senipis 1.1-inci dan ianya amat mudah sekali untuk korang check masa, tarikh dan intai notifikasi seperti calls, text dan lain lain. Pada screen yang kecil tersebut juga ianya membolehkan penguna untuk mengambil selfie mengunakan kamera belakang. Walaupun masih tidak pasti bagaimana fungsi sebenar untuk mengambil selfie mengunakan screen panel kecil tersebut, tetapi ramai yang mengatakan ianya memudahkan penguna tanpa perlu membuka smartphone Galaxy Z Flip ini untuk ambil quick selfie. Mungkin dengan funsi voice activation kot.

SCREEN LIPAT KACA

Perbezaan yang sangat ketara antara Galaxy Z Flip dan Galaxy Fold adalah pada touch screen display kerana ianya diperbuat daripada kaca berbanding dengan screen Galaxy Fold yang diperbuat daripada lapisan nipis bahan-bahan inovatif yang dibuat menjadi polimer yang digelarkan sebagai Infinity Flex screen. Untuk memberikan selesaan kepada penguna, Galaxy Z Flip kali ini mengunakan Ultra Thin Glass display supaya touch screen tersebut tidak rasa seperti plastik seperti Galaxy Fold.

BOLEH JADI MINI LAPTOP

Antara keunikkan yang di tawarkan oleh Galaxy Z Flip kali ini adalah dengan fungsi Flex Mode. Dengan smartphone ini, ianya bukan sahaja boleh flip and fold, tetapi ianya juga boleh digunakan tanpa perlu membuka sepenuhnya.

Samsung membentukkan Galaxy Z Flip ini kepada dua bahagian, satu untuk screen untuk menonton video dan satu lagi bahagian untuk interaksi memberikan fungsi sebagai keyboard atau controller seakan mengunakan laptop mini.

KATALAKI: Teringat zaman pakai flip phone ala-ala Jepun dulu…

Last modified: 16 February 2020