Wajib Tahu – The Hulk Yang Benar-benar Wujud!

Sembang, ZAP, ZeKool

Pernah tak kita terfikir apa jadi dan bagaimana agaknya kalau watak Bruce Banner Incredible aka The Incredible Hulk benar-benar wujud dalam dunia nyata? Mungkin apa yang kita dapat lihat dalam filem-filem terbitan Marvel Studios telah menjadi kebiasaan buat kita semua sebab apa yang ditonjolkan kepada kita adalah sesuatu yang fiksyen dan rekaan semata-mata walaupun watak superhero The Hulk itu mempunyai tubuh badan berwarna hijau, berketak-ketak dengan kekuatan yang sangat luar biasa.

Tapi percaya atau tidak di dunia kita sebenarnya memang wujud sekali manusia yang mempunyai saiz fizikal badan seperti atau seakan-akan watak adiwira The Hulk. Walaupun mereka ini tidak lah mempunyai warna kulit kehijauan seperti The Hulk. Namun dari segi saiz fizikal, berat, tinggi dan kekuatan mereka setanding dan selayaknya dipanggil sebagai “the real life hulk”.

The real life hulk yang kami nak kongsikan dengan korang ini bukan seperti kebanyakkan body builders atau abang-abang sado mahupun powerlifters kerana cara mereka menyiapkan tubuh mereka ini adalah pada level yang lain daripada yang lain. Kira next level punya workout. Disebabkan fizikal mereka yang sasa ini, mereka juga telah dikenali ramai hingga ke peringkat antarabangsa.

HWANG CHUL SOON

Hwang Chul Soon merupakan bekas peninju yang mempunyai berat badan 220 paun atau bersamaan dengan 99.7kg dengan ketinggian 5’9 inci. Dari awal pembabitan beliau dalam sukan bina badan, Hwang Chul Soon sudah menetapkan cita-cita beliau untuk mempunyai tubuh badan yang gagah seperti The Hulk.

Hwang ingin mencapai tahap tubuh badan yang dapat menarik perhatian ramai dan dihormati oleh orang disekeliling beliau. Untuk mencapai cita-cita yang diinginkan, Hwang banyak meluangkan masanya di gym, dan ianya mengambil masa selama dua belas tahun untuk Hwang Chul Soon mendapatkan tubuh badan yang di idamkan seperti The Hulk. Hwang Chul Soon juga telah menghabiskan sebanyak $500 untuk bekalan dan supplement makanan.

Di Korea Utara juga, ada yang mengelarkannya sebagai The Korean Conan namun gelaran yang paling dikenali adalah The Asian Hulk.

BECCA SWANSON

Rasanya bolehlah kita berikan gelaran She-Hulk kepada Becca Swanson sebab bukan saja Becca mempunyai tubuh badan yang sasa. Malah, Becca juga mempunyai kekuatan yang sangat sangat luar biasa. Wanita kelahiran negara Amerika Syarikat ini adalah pemegang beberapa rekod dunia untuk sukan professional powerlifter.

Selain itu, Becca Swanson juga telah banyak menceburi bidang-bidang sukan lasak yang meletakkan beliau sebagai seorang pro wrestler, MMA fighter, termasuklah gelaran sebagai seorang strong women yang berjaya. Untuk seorang wanita, Becca telah memegang rekod yang paling banyak dalam sukan powerlifting seperti squat, benchpress, dan deadlift yang paling banyak. Becca juga dikenali sebagai satu-satunya wanita yang mampu melakukan squat power lift dengan berat 854 paun.

Wanita gagah dengan berat badan sebanyak 108kg ini memulakan kariernya dalam bina badan sebagai seorang body builder, namun disebabkan saiz fizikal yang dimiliki begitu gagah, Becca mengambil keputusan untuk menyertai sukan power lifting.

JULIA VINS

Kalau tengok pada muka saja, dan tak tengok langsung tubuh badan gadis berusia 24 tahun ini, Julia Vins mempunyai feature seorang gadis yang sangat-sangat innocence, sweet dan sangat ayu tetapi bila korang dah tengok Julai Vins atas bawah, pergh tersangat lah sasa.

Dilahirkan di Russia pada tahun 1996, Julia Vins atau lebih dikenali dengan gelaran Russian Muscle Barbie ini memulakan kariernya dalam bina badan seawal 15 tahun. Pada ketika itu, satu-satunya impian Julia adalah untuk menjadi kuat dan untuk menaikkan keyakinan dirinya.

Selepas setahun berlatih di gym, Julai diberikan peluang untuk menyertai sukan powerlifting, walaupun berat hati namun Julia terpaksa akur dan mengambil langkah dalam sukan tersebut.

Gelaran Musle Barbie ini sememangnya layak diberikan buat Julia kerana rupa paras dan kecantikkan ayu yang terserlah, namun otot-otot yang dimiliki oleh Julia boleh dikatakan sangat luar biasa. Julia juga pernah tular beberapa tahun yang lepas kerana digelarkan sebagai the cutest powerlifter. Walaupun mempunyai tubuh badan yang sangat sasa, Julia masih lagi memastikan wajahnya kekal ayu sebagai seorang wanita yang cantik.

SAJAD GHARIBI

 

View this post on Instagram

 

So I’m finally accepting my first professional fight from a Brazilian fighter before 2020 More updates to come via international mass media for any inquiries please contact [email protected] (Im ready for the challenge) اخیرا یکی از ورزشکاران برزیلی من رو به چالش مبارزه در رینگ دعوت کرده بود ، من برای این مبارزه آماده هستم و طبق هماهنگی هایی که در حال انجام هست تا قبل از سال جدید میلادی این مبارزه انجام خواهد شد ، اخبار کامل بزودی از رسانه های بین المللی منتشر خواهد شد . تا قبل از سال جدید میلادی حداقل یک مبارزه خواهیم داشت

A post shared by iranian hulk 🇮🇷 (@sajadgharibiofficial) on

Ini Sajad bukan sebarang Sajad tapi Sajad kalini Sajad yang paling gagah la berbanding dengan Sajat Sajad yang lain (dibaca: yang tahu je tahu). Dikenali dengan gelaran The Iranian Hulk atau Persian Hercules ini memilik berat 390 paun. Boleh dikatakan Sajad Gharibi ini dikategorikan sebagai giant body builder oleh kerana tubuh badan yang besar dan gagah.

Dengan popularitinya sebagai antara body builder yang gagah perkasa, Sajad berjaya meraih sebanyak lebih 400 ribu pengikut di media sosial. Disebabkan saiz fizikal Sajad yang gagah dan besar ini, kebanyakkan orang menyangka gambar-gambar yang dimuatnaik oleh Sajad telah di photoshop.

Mempunyai cita-cita untuk memasuki gelanggang WWE, Sajad juga pernah mencabar bintang WWE Triple H untuk beraksi dengannya. Pada hari kebiasaan, Sajad akan memakan 7 kali sehari dan pada hari latihan, Sajad akan mengambil sebanyak sebelas special meal. 

“STRONGMAN” BRIAN SHAW

Tak lengkap senarai real life hulk tanpa kami selitkan sekali Brian Shaw. Beliau merupakan American professional competitor untuk pertandingan World’s Strongest Man. Brian Shaw yang memiliki ketinggian 6 kaki 8 inci dan berat sekitar 480 paun ini adalah pemenang dan pemegang gelaran World Strongest Man untuk 2011, 2013, 2015, dan tahun 2016. Beliau juga adalah lelaki pertama yang memenangi pertandingan Arnold Strongman Classic dan World’s Strongest Man pada tahun 2011 dan 2015. Senang cerita, Brian Shaw ni memang patut digelarkan sebagai real life human hulk disebabkan banyak rekod untuk kekuatan yang berjaya dilakukan seperti powerlift squat dan deadlift.

KATALAKI: Cuba juga la kalau pergi dating dengan Julia Vins tu macam mana kan?

Last modified: 30 July 2020