Wakil Malaysia Tapau Destiny of Champions

Aktif

Pada hari jumaat yang lepas telah berlangsung acara One: Destiny of Champions yang menyaksikan fighter-fighter dari serata negara compete antara satu sama lain bagi memastikan siapakah fighter yang paling hebat.

Bagi yang tidak tahu One: Destiny of Champions yang berlangsung di Axiata Arena merupakan acara MMA (Mixed Martial Arts) yang membawa fighter-fighter hebat dari luar negara dan juga Malaysia. Malaysia diwakili oleh 3 orang fighter-fighter hebat seperti Agilan Thani, Jihin Radzuan dan Mohammed Bin Mahmoud.

Sebelum bercerita tentang keputusan fight dari wakil Malaysia, aku kena cerita pasal main event punya fight yang sangat-sangat dinantikan oleh semua orang.

Main event adalah diantara Yodsankai IWE Fairtex dari Thailand dan juga Luis Regis yang mewakili Australia dalam acara ONE Super Series Muay Thai Featherweight. Perlawanan yang berakhir dalam minit 2.08 ini melihatkan Yodsankai, seorang lagenda Muay Thai memenangi acara main event ini.

Ketika perlawanan baru bermula lagi, Yodsankai telah dilihat mula agresif dan membuatkan Regis selalu terhimpit diantara Yodsankai dan juga kandang perlawanan.

Perlawanan berakhir dengan Yodsankai memberi 3 uppercut bertubi-tubi dan membuatkan Regis KO dalam round pertama sekaligus memberikan kemenangan kepada Yodsankai.

Agilan Thani, Salah seorang wakil Malaysia telah berdepan dengan Kiamrian Abbasov dari Kyrgyzstan. Agilan yang merupakan Fighter kegemaran Malaysia ini terpaksa menyerah kalah bila Abbasov nampak lebih garang dan bersedia sepanjang perlawanan.

Abbasov telah mengenakan rear-naked choke kepada Agilan pada minit ke 2.35 dan merupakan serangan yang membuatkan Agilan tap-out sekaligus membuatkan Abbasov menjadi juara dalam acara Welterweight.

Seorang lagi wakil dari Malaysia adalah Mohammed Bin Mahmoud yang berdepan dengan Stergos Mikkios dari Greece dalam acara Super Muay Thai – Bamtamweight.

Perlawanan yang berakhir pada minit 2.20 pusingan pertama ini menyaksikan Mohammed berjaya menumbangkan Mikkios dengan KO. Mohammed telah membuatkan Mikkios bukan sekali tapi dua kali terduduk.

Dengan memberikan siku pada first knockdown, Mohammed tidak berhenti disitu bila dia mula menyerang Mikkios dengan bertubi-tubi dan membuatkan Mikkios terduduk pada kali kedua dan terus menyerah kalah sekali gus membuatkan Mohammed juara bagi acara Super Muay Thai – Bamtamweight.

Wakil ketiga Malaysia yang dikenali dengan gelaran Shadowcat iaitu Jihin Radzuan juga memberikan pelawanan sengit kepada Jenny Huang dari Taipei.

Jihin dan Jenny berentap dalam acara Atomweight dan boleh dikatakan perlawanan yang paling mendapat sambutan dan sorakan orang ramai selain perlawanan Main Event.

Jihin yang dilihat lebih bersedia semasa memasuki gelangang tidak membuang masa bila dia telah menyerang Jenny dengan serangan yang bertubi membuatkan wakil dari Taipei ini seakan-akan keliru.

Hentakan demi hentakan dari Jihin terus membawa sehingga ke pusingan ketiga dan dengan keputusan sebulat suara dari pengadil, Jihin telah dinobatkan sebagai juara bagi acara Atomweight.

KATALAKI: Sepanjang wakil dari Malaysia berlawan, sorakan “MALAYSIA!” memang nonstop sampai bergegar Axiata Arena!

 

 

 

Last modified: 19 December 2018