Waktu Terbaik Workout Bulan Ramadan

Aktif, Life x Tips, ZAP, ZeKool

Antara perkara yang paling mencabar buat sesiapa saja yang dah biasa workout di gym atau selalu bersenam tiap-tiap petang adalah ketika pada bulan Ramadan. Ianya juga makin bertambah mencabar lagi bila kita terpaksa menjalani ibadah bulan puasa dalam situasi perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Well, walaupun terdapat pros and cons apabila berpuasa dalam tempoh PKP ni kan. Tetapi untuk mereka yang baru saja ingin menyesuaikan diri dengan rutin bersenam, tentunya kena mencari timing dan tune yang terbaik untuk workout dalam bulan puasa ini.

Antara perkara yang paling mencabar untuk workout di bulan Ramadan ini bagi sesetengah pihak adalah dari segi jadual, kerana ketika bulan puasa corak tidur atau dikenali sebagai sleeping patterns kita secara automatik akan bertukar dan juga terganggu oleh kerana kurang cecair di dalam badan.

Namun untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat pada bulan yang mulia ini adalah dengan mencari waktu jadual yang sesuai untuk bersenam bagi meningkatkan energy level dan juga mampu mengekalkan metabolisme yang stabil.

Seperti apa yang selalu disarankan oleh pakar-pakar senaman, jangan jadikan bulan Ramadan sebagai alasan untuk kita tidak bersenam ataupun berehat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat. Jadikan bulan ramadan sebagai bulan untuk cas semula tenaga supaya kita boleh kembali ke gym atau workout dengan lebih bertenaga selepas tamat tempoh sebulan berpuasa.

Untuk workout di bulan Ramadan, kebanyakkan orang akan keliru ataupun tidak pasti waktu mana yang terbaik dan ideal untuk mereka workout, paling tepat sekali adalah waktu terbaik untuk dapatkan best result untuk workout.

Sebenarnya terdapat beberapa waktu yang boleh digunakan untuk jadual workout, namun kesemua waktu ini juga bergantung kepada fitness goals korang serta jadual harian yang korang tetapkan.

Jadi, apa yang korang harus lakukan sebelum memilih waktu yang tetap ini adalah mencuba jadual-jadual ataupun timing workout ini dahulu. Cuba try test dan tengok adakah rutin jadual ini sesuai dan kena dengan jadual harian korang. Setiap jadual atau waktu workout dan exercise adalah berbeza untuk setiap orang, jadi tak salah untuk korang cuba dulu workout dengan waktu-waktu yang dicadangkan ini.

Sepanjang korang mengikut waktu jadual workout ini juga, korang kena monitor badan korang juga, dari segi bagaimana korang rasa. Kalau rasa tak sesuai, korang boleh modify atau ubah ke waktu yang lebih sesuai.

1 JAM SEBELUM SUHUR

Waktu workout satu jam sebelum korang sahur ini adalah waktu yang sangat ideal kalau korang plan untuk mengurangkan berat badan dan membakar lemak kerana waktu ini korang akan workout dengan perut yang kosong, namun boleh lagi meminum air kalau dah rasa dahaga., jadi tiada risiko penyahhidratan.

Ianya juga adalah waktu yang selamat dan sangat optimum untuk perkembangan otot sebab korang boleh terus jadikan waktu untuk suhur sebagai post-workout meal. Prestasi kekuatan dan potensi kardio juga berada dalam keadaan yang baik.

Namun waktu workout ini korang kena pastikan ianya dilakukan tetap 1 jam sebelum korang bersahur, jadi kena bangun lebih awal. Yang paling penting sekali, jangan terlepas waktu untuk makan sahur, jadi pastikan ada waktu yang mencukupi untuk makan sebelum memulakan puasa pada hari tersebut. Jangan terlampau workout sampai tidak cukup masa untuk tidur, kena pastikan juga korang ada cukup waktu untuk tidur dan berehat.

SELEPAS BERBUKA PUASA

Selepas berbuka dengan memakan kurma dan meminum air, tunaikan solat mahgrib dan terus workout dengan segera. Selepas dah habis workout baru lah korang boleh sambung makan full meal.

Kalau korang dapat menyesuaikan waktu workout ini pada bulan Ramadan, maka ini adalah waktu yang memang terbaik untuk workout pada bulan Ramadan sebab korang boleh minum air ketika workout, dapat waktu makan untuk pre workout dan post workout. Waktu ini juga adalah yang terbaik kerana jika ianya dilakukan dengan mengikut jadual yang betul, korang juga masih ada masa untuk menunaikan terawih dan dapatkan waktu tidur yang secukupnya.

Secara psikologinya ianya juga adalah waktu workout yang mudah untuk diikutkan sebab korang tidak akan rasa mengantuk mahupun lapar. korang juga tidak akan ada rasa untuk makan secara berlebihan kalau workout dengan betul. Waktu workout ini adalah sangat ideal untuk mereka yang mempunyai jadual masa yang banyak dan tidak terbatas daripada apa-apa komitmen.

1 JAM SEBELUM BERBUKA

Okay, dalam banyak-banyak waktu, ini adalah waktu yang sebenarnya tidak di syorkan walaupun secara dasarnya ianya adalah waktu yang menarik terutama sekali jika korang sudah biasa workout di waktu petang sebab korang akan dapat meningkatkan pembakar lemak dan selepas workout boleh berbuka dan mengisi semula perut dengan makanan yang secukupnya.

Tetapi korang akan berdepan dengan risiko penyahhidratan, rasa mual atau pening, lemah, muscle cramping. Dan kemungkinan juga ada risiko long term effect workout dengan rasa haus akibat kekurangan air didalam tubuh badan. Jadi sekali kami ingatkan jika memilih waktu ini, pastikan ianya dilakukan dengan lebih berhati-hati.

Walaupun pukul berapa yang korang pilih untuk workout, pastikan korang memilih waktu yang sesuai dan selamat untuk tubuh badan. Paling penting sekali pastikan korang mendapat tenaga yang mencukupi dan tidak menjejaskan amal ibadah di bulan Ramadan.

KATALAKI: Pukul berapa sekali pun, yang 5 waktu tetap tu jangan tinggal pulak ya #donedakwah

Last modified: 4 May 2020