Wan Kuzain Buka Klinik

Aktif, Bola

20 Disember 2018 yang lepas, Wan Kuzain, pemain bola sepak yang lahir di Amerika Syarikat tapi ada pertalian darah dengan Malaysia melalui ibu bapa nya, datang ke Malaysia untuk sesi meet and greet dan klinik bola sepak yang dianjurkan oleh adidas Football.

Klinik bola sepak yang dianjurkan oleh adidas Football bersama Wan Kuzain ni disertai oleh 36 orang pemain bola sepak remaja yang terpilih untuk menuntut ilmu dengan pemain bola sepak yang sekarang ni bermain di Amerika Syarikat. Masa sesi meet and greet, Wan Kuzain banyak berkongsi pasal macam mana training di US, macam mana perjalanan Wan Kuzain mula terlibat dengan bola sepak dan macam-macam lagi lah. Masa kat padang New Camp, Bandar Utama, Wan Kuzain ajar pula daripada segi gameplay dan siap tunjuk tutorial macam mana nak ambik freekick!

Kami sempat juga datang dan jumpa Wan Kuzain depan-depan. Disebabkan ramai rakyat Malaysia yang menagih jawapan daripada Wan Kuzain mengenai pasukan kebangsaan mana yang akan diwakili oleh Wan Kuzain nanti, jawapan yang Wan Kuzain bagi ialah 50-50.

Buat masa ni, Wan Kuzain masih lagi boleh pilih pasukan kebangsaan mana yang Wan Kuzain nak bermain. Sama ada Amerika Syarikat, negara kelahirannya atau Malaysia, negara kelahiran ibu bapa nya. Sama-sama kita nantikan jawapan dan pilihan Wan Kuzain bila sampai masanya nanti.

Sekarang ni Wan Kuzain dah signed kontrak bersama pasukan Sporting Kansas City yang bersaing dalam Major League Soccer sampai tahun 2020, dipinjamkan ke pasukan pembangunan bola sepak dibawah Sporting Kansas City, Swope Park Rangers.

Tahniah kepada Wan Kuzain yang baru-baru ni berjaya menang 2018 USL Fan’s Choice Goal of the Year selepas berjaya jaringkan gol freekick masa beraksi bersama Swope Park Rangers. Mantap freekick Wan Kuzain ni bosskurr.

Kalau korang nak stay up-to-date dengan perkembangan terbaru Wan Kuzain, boleh follow terus Instagram rasmi Wan Kuzain kat bawah ni okeh! Mana tahu makin ramai followers dan peminat kat Malaysia, Wan Kuzain makin lembut hati nak main untuk Harimau Malaya. Mari kita berhuhu. Huhuhuhuhu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kuzain (@kuzain7) on

KATALAKI: Terima kasih adidas Football! Bawa Wan Kuzain jauh dari US tu untuk bagi pendedahan pasal bola sepak untuk adik-adik yang masih muda dan berbakat kat Malaysia.

Last modified: 4 January 2019