Wanita Besi Bukan Biasa Biasa!

Collab, Sembang

Kekuatan adalah antara salah satu faktor yang membuatkan seseorang wanita itu nampak lebih cantik, bak kata pepatah “Strong Is Beautiful”. Setiap wanita mempunyai kekuatan dalaman untuk menjadi yang terbaik yang mereka boleh. Bersempena dengan campaign Pantene #WanitaBesi Braids Of Strength, sebuah initiative untuk memupuk semangat dan menyokong para wanita untuk terus kekal kuat dan cantik, terutama sekali wanita dalam dunia sukan. Bukan saja kuat tapi mampu kekal cantik.

Aktiviti sukan lasak dan automotive dah memang menjadi sinonim dalam dunia lelaki. Tapi tak mustahil ada jugak wanita yang pantang dicabar dan berjaya untuk menandingi aksi sukan lasak dan automotive ini.

Bila cerita tentang sukan, ramai mengatakan wanita tak mungkin berjaya dalam sukan yang lebih dicemburi oleh kaum lelaki. Tapi disini kitorang nak ceritakan wanita-wanita besi yang boleh dikatakan berjaya menempa nama dan bukan biasa biasa dalam arena mereka yang tersendiri. Membuktikan yang ayat “girl power” bukanlah sebarang ayat yang direka begitu sahaja.

Sukan Gimnastik

Ramai yang mengatakan sukan ni tidak selasak yang disangkakan kerana sukan ini rata-rata didominasi oleh wanita namun sebenarnya sukan ini memerlukan kekuatan fizikal, kepekaan, dan kesedaran kinestetik yang tinggi.

Dalam arena sukan Gimnastik, nama Farah Ann Abdul Hadi bukanlah nama yang asing lagi. Namanya mula diperkatakan setelah berjaya memenangi pingat emas di acara Sukan SEA 2015. Digelar Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi berjaya menyelamatkan maruah negara apabila menghadiahkan satu pingat emas pada acara Sukan SEA 2017.

Yang terkini, Farah Ann Abdul Hadi merupakan duta untuk Pantene’s Braids of Strength, sebuah kempen yang memupuk semangat serta menggalakkan para wanita untuk terus menceburi bidang sukan dan mengejar  impian mereka.

Fighter!

Bila sebut je nama Ann Osman, ramai tahu yang Ann Osman ni bukan biasa-biasa dalam arena MMA. Ann Osman atau lebih kenali dengan nickname “ATHENA” dalam gelangang sukan Mix Martial Arts, beliau merupakan wanita pertama Malaysia yang bertarung secara pro dalam kejohanan MMA, ONE Fighting Championship (ONE FC).

Nama Ann Osman menjadi inspirasi untuk para peminat, terutama dikalagan wanita yang meminati sukan lasak MMA. Pada tahun 2017, Ann Osman mengumumkan persaraannya daripada gelangang sukan MMA, namun  nama Ann Osman masih lagi kekal sebagai salah seorang wanita besi dikalangan peminat setia MMA.

Rider Cup Prix!

Siapa kata wanita bertudung tak boleh join sebagai pelumba Cup Prix? Gadis ayu bernama Nasha Edziera dah berjaya buktikan yang walaupun berhijab, wanita yang meminati sukan permotoran mampu lakukanya.

Dengan minatnya yang mendalam ­untuk ceburi sukan permotoran, Nasha berjaya untuk mengejar impiannya sebagai salah seorang pelumba profesional. Nama Nasha Edziera juga kini antara nama yang sinonim dikalangan peminat perlumbaan Cup Prix.

KATALAKI: Jangan pandang gadis zaman sekarang sebelah mata je tau bro-bro sekalian.

Last modified: 9 April 2019