Wanita Berjaya Dalam Kerjaya – Yang Buat Bro Jatuh Hati!

Sembang

“Dah lah cantik dan successful, lepas tu confirm ada banyak angka kosong dalam akaun bank”. Korang jangan blur lak bila dengar banyak angka kosong dalam akaun bank tu. Maksudnya banyak duit la tu.

Duit yang banyak tu disebabkan wanita-wanita ni berjaya dalam bidang masing-masing. Sama ada dalam bidang perniagaan atau pun pengurusan. Bukan senang untuk seorang wanita tu mencapai kejayaan sebenarnya. Tapi wanita-wanita hebat ni berjaya buktikan yang jantina bukan penentu untuk sesuatu kejayaan. Mari kita kenal siapa wanita-wanita yang berjaya dalam kerjaya mereka – dan telah buat bro-bro satu Malaysia jatuh hati.

Vivy Yusof

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Seorang ibu dan isteri, Vivy Yusof merupakan co-founder untuk syarikat yang terkenal dengan online shopping iaitu FashionValet dan The dUCK Group. Vivy Yusof juga pernah ditampilkan dalam laman web Forbes pada tahun 2017.

Christy Ng

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Christy Ng 伍美眉 🇲🇾 (@christyemilylove) on

Korang mesti familiar dengan Christy Ng kan? Mesti korang pernah teman GF masing-masing masuk kedai Christy Ng. Silap-silap siap kena pau sepasang kasut. Christy Ng mula terlibat dalam perniagaan kasut sejak berumur 18 tahun, berniaga di gerai yang terletak kat Petaling Jaya. Kasut yang dijual masa tu, dibawa masuk oleh Christy Ng dari Thailand.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shoe Heaven (@christyngshoes) on

Pada tahun 2012, Christy Ng mulakan perniagaan kasut rekaan sendiri secara atas talian menerusi Christyng.com. Sekarang ni bukan kasut je, handbag pun ada dijual dengan jenama Christy Ng. Scha Alyahya dan Yuna antara selebriti yang pernah berkolaborasi dengan Christy Ng.

Sasha Tan

Image Via : awanireview.com

Sasha Tan merupakan pengasas dan juga CEO Favful, laman web yang menyediakan macam-macam produk kosmetik secara atas talian. Sasha Tan juga pernah terlibat dalam pengurusan syarikat penghantaran barangan dapur secara atas talian, HappyFresh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by People-powered Beauty Commerce (@favful) on

Kalau korang pergi kat lawan web Forbes, ada profil mengenai Sasha Tan.

Image Via : forbes.com

Chuah Jia Wen

Image Via : YouTube

Chuah Jia Wen merupakan Ketua Industri Google Malaysia, dalam sektor FMCG. Sebelum ni Chuah Jia Wen pernah gak bekerja bersama Walt Disney dan Genting Berhad sebelum meneruskan lagi karier bersama Google Malaysia.

Image Via : thelaki.com.my

Baru-baru ni, kami sempat datang ke sesi perkongsian bersama dengan Chuah Jia Wen, Anusha Peterson dan Zahariah Abdul Rahman. Dorang ada kongsi antara benda paling penting untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan iaitu jangan takut untuk gagal, sentiasa berfikiran positif dan jangan takut untuk bantu rakan sekerja yang lain untuk selesaikan sesuatu tugas.

KATALAKI: Semoga lebih banyak wanita-wanita hebat yang ada kat Malaysia ni.

Last modified: 4 July 2019