Watak “Catch Me If You Can” Berdasarkan Orang Sebenar?

Sembang

Korang pernah tengok movie Catch Me If You Can tak? movie ini mengisahkan tentang Frank Abagnale Jr. seorang con man yang berjaya menipu ramai orang yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio. Untuk pengetahuan korang, watak Frank ini sebenarnya diinspirasikan daripada watak orang sebenar! Hari ini aku nak share dengan korang tentang Frank William Abagnale Jr dan bagaimana dia boleh jadi seorang con man terkenal!

Frank telah dilahirkan pada 27 April 1948 di New York, Amerika Syarikat. Pada usia 12 tahun, ibu dah ayah dia dah tidak tinggal bersama dan pada usia dia 16 tahun, kedua ibu bapa dia mengambil keputusan untuk bercerai.

Jenayah pertama yang dia lakukan adalah menipu dan scam ayah dia sendiri. Ayahnya telah memberikan Frank gasoline credit card dan sebuah truck untuk memudahkan dia bergerak pergi dan balik kerja. Dia telah menggunakan credit card tersebut untuk membeli barangan lain seperti tayar, car battery dan pelbagai barangan lain yang mana kemudiannya dijualkan kembali untuk mendapatkan wang tunai. Disebabkan ini, ayahnya telah mengalami kerugian sebanyak USD3,400 yang mana bersamaan USD30,000+ pada zaman sekarang!

Merasakan dirinya sudah handal dalam jenayah penipuan, Frank seterusnya beralih arah untuk melakukan penipuan kepada pihak bank pula. Dia telah memalsukan beberapa cek dan kemudiannya bertindak untuk mendepositkan cek palsu tersebut ke dalam account banknya. Sebelum pihak bank mengesan tentang kegiatan ini, dia telah terlebih dahulu mengeluarkan kesemua wang daripada hasil penipuannya itu.

Satu lagi kes penipuan yang telah dilakukan oleh Frank adalah menipu syarikat sewa kereta dan juga syarikat penerbangan. Sebelum wujudnya online transfer, syarikat seperti United airlines dan Herts akan memasukkan duit harian mereka ke dalam beg dan mendepositkannya dalam satu “drop box” yang ada di lapangan terbang.

Melihat mereka melakukan perkara yang sama setiap hari, Frank mengambil keputusan untuk menyamar sebagai seorang security guard dan meletakkan papan tanda yang tertulis “Out of Service, Place deposits with security guard on duty” di hadapan drop box tersebut.

Pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk meletakkan bag yang berisi duit ke dalam drop box itu tidak berfikir panjang dan terus memberikan kesemua duit tersebut kepada Frank. Dalam satu temu bual, Frank menyatakan dia sendiri tidak percaya idea dia yang bodoh seperti itu pun boleh berjaya menipu ramai orang.

Salah satu penipuan yang paling berisiko tinggi dan bahaya yang pernah dilakukan oleh Frank adalah dimana dia telah menyamar menjadi seorang juruterbang bagi merealisasikan impiannya untuk terbang ke seluruh dunia dengan percuma.

Dia telah membuat satu lesen juruterbang palsu dan mencuri satu pakaian seragam juruterbang syarikat penerbangan Pan American World Airways. Walaupun tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang cara memandu kapal terbang, dia telah berjaya terbang ke 26 buah negara secara percuma.

Namun dalam 26 penerbangan itu, hanya sekali sahaja dia memandu kapal terbang dan selainnya dia hanya menyamar sebagai jururterbang yang mana dalam perjalanan untuk pergi ke lapangan seterusnya untuk bertugas. Nasib baik kapal yang dia pandu itu tidak terbabas!

Pelbagai lagi penipuan yang telah dilakukan oleh Frank namun pada usia 21 tahun, dia akhirnya telah berjaya diberkas oleh pihak berkuasa. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun untuk semua kes penipuan yang dia telah lakukan.

Tapi ternyata Frank merupakan orang yang bernasib baik kerana dia telah dibebaskan setelah lima tahun dipenjara tapi dengan syarat dia harus bekerja dengan kerajaan tanpa gaji untuk membantu pihak berkuasa menangkap mereka yang melakukan penipuan seperti Frank.

Setelah itu, dia ditawarkan utnuk bekerja disebuah bank sebagai perunding keselamatan kewangan apabila dia berjaya menunjukkan cara-cara untuk mengesan penipuan yang biasa dilakukan kepada pihak bank. Kini Frank sudah mempunyai syarikat dia sendiri iaitu Abagnale & Associates.

Selain itu, dia juga telah menjadi tenaga pengajar di akademi FBI. Setelah menjadi seorang penipu yang terkenal dan kemudiannya kecundang, dia kini menjadi seorang yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri. Frank dikatakan mempunyai kekayaan melebihi RM40 juta!

KATALAKI: Power gila daripada penipu terus dapat jadi tenaga pengajar untuk FBI!

Last modified: 17 October 2019