Watak Marvel VS DC – Apa Yang Sama?

Sembang

Bagi peminat superhero, mesti akan terbahagi kepada dua. Sama ada korang peminat superhero daripada Marvel or korang kipas susah mati superhero dari DC. Tak dapat dinafikan superhero yang terdapat dalam dua group ini sangat unik dan mempunyai ramai peminat.

Tapi kalau korang tengok betul-betul, korang akan nampak persamaan antara kedua-dua group superhero ini seperti nama, design dan juga jalan cerita dorang. Persamaan ini bukan sahaja terdapat pada superhero dorang but pada supervillain dorang jugak!

So hari ini aku nak share dengan korang beberapa watak dalam Marvel dan DC yang lebih kurang sama daripada segi nama, design dan jalan cerita.

THANOS VS DARKSEID

Kedua-dua watak ini merupakan supervillain paling digeruni dalam Marvel dan juga DC. Thanos merupakan watak dalam comic Marvel manakala Darkseid pula dari DC comic.

Thanos merupakan watak supervillain yang diperkenalkan oleh Marvel pada tahun 1973 pada komik The Invincible Iron Man isu 55. Thanos merupakan merupakan antara supervillain yang paling kuat dalam Marvel Universe.

via GIPHY

Thanos pernah berlawan dengan team superhero dalam Marvel seperti Avengers, Guardian of the Galaxy, Fantastic Four dan juga X-Men. Thanos kini dilakonkan oleh Josh Brolin dan telah muncul dalam movie seperti The Avengers (2012), Guardian of the Galaxy (2014), Avengers: Age of Ultron (2015), Avengers: Infinity Wars (2018) dan bakal muncul dalam Avengers: Endgame pada tahun ini.

Darkseid merupakan supervillain yang diperkenalkan oleh DC pada tahun 1971 pada komik Forever People isu 1. Seperti Thanos, Darkseid juga merupakan antara supervillain yang paling kuat dalam DC Universe.

via GIPHY

Kalau Thanos misi dia untuk hapuskan separuh kehidupan yang ada dalam galaxy, Darkseid pula lebih kepada conquer semua planet dan jadikan semua orang sebagai hamba abdi dia. Darkseid merupakan musuh ketat kepada Superman dan nama Darkseid pernah disebut dalam movie Justice League yang dikeluarkan pada tahun 2017.

BLACK CAT VS CATWOMAN

Black Cat or nama sebenar dia Felicia Hardy merupakan watak yang diperkenalkan oleh Marvel pada tahun 1979 pada komik The Amazing SpiderMan. Felicia merupakan anak kepada pencuri terkenal iaitu Walter Hardy.

via GIPHY

Black Cat pada mulanya diperkenalkan sebagai watak villain dalam komik SpiderMan, namun lama-lama dia mula menjadi awek kepada SpiderMan dan mula menjadi watak antiheroine dalam komik Marvel.

Catwoman merupakan watak yang diperkenalkan oleh DC dalam komik Batman isu 1 pada tahun 1940. Catwoman ataupun nama sebenarnya Selina Kyle juga merupakan seorang perompak sama seperti Black Cat.

via GIPHY

Catwoman sememangnya sinonim dalam komik dan movie Batman. Pada tahun 1992, Michelle Pfeiffer telah membawa watak Catwoman dalam movie Batman Return dan pada tahun 2012 pula, Watak Catwoman telah dilakonkan oleh Anne Hathaway dalam movie The Dark Knight Rises.

QUICKSILVER VS FLASH

Quicksilver atau nama sebenarnya Pietro Maximoff telah diperkenalkan oleh Marvel pada tahun 1964 untuk komik XMen isu 4. Quicksilver mempunyai superpower untuk bergerak dengan pantas dan merupakan seorang mutant.

via GIPHY

Quicksilver merupakan abang kembar kepada Scarlet Witch dan juga merupakan anak kepada Max Eisenhardt ataupun lebih dikenali sebagai Magneto. Watak Quicksilver telah dilakonkan oleh Aaron TaylorJohnson dalam movie Avengers: Age of Ultron dan juga dilakon oleh Evan Peters dalam movie XMen: Days of Future Past.

Untuk watak Flash, ianya mempunyai beberapa nama sebenar tapi yang paling popular tentulah watak Barry Allen. Flash diperkenalkan oleh DC pada tahun 1956 dalam komik Showcase isu 4. Bagi watak Flash, dia juga mempunyai superpower untuk bergerak dengan pantas namun yang membuatkan dia berbeza dengan Quicksilver adalah costume dorang.

via GIPHY

Quicksilver memakai costume berwarna silver manakala Flash lebih kepada warna merah. Watak Flash kini dilakonkan oleh Grant Gustin dalam tv series The Flash manakala untuk movie, watak Flash telah dilakonkan oleh Ezra Miller dalam movie Justice League yang dikeluarkan pada tahun 2917.

DEADPOOL VS DEATHSTROKE

Siapa yang tak kenal Deadpool, Watak dari Marvel yang sememangnya kegemaran semua peminat-peminat Marvel Universe. Deadpool atau nama sebenarnya Wade Wilson merupakan seorang watak AntiHero yang mempunyai kuasa untuk healing yang pantas dan mempunyai nickname Merc with a Mouth.

via GIPHY

Pada tahun 2009, Watak Deadpool telah dilakonkan oleh Ryan Reynolds dalam movie XMen Origins: Wolverine namun mendapat kritikan yang teruk oleh peminat Marvel. Pada tahun 2016, Ryan Reynolds sekali lagi membawa watak Deadpool dalam movienya sendiri dan mendapat pujian yang hebat daripada peminat-peminat!

Deathstroke atau nama sebenarnya Slade Wilson merupakan supervillain yang diperkenalkan oleh DC comic pada tahun 1980 dalam komik The New Teen Titans isu 2. Seperti Deadpool, Deathstroke juga merupakan seorang pembunuh upahan namun tidak mempunyai kuasa healing seperti Deadpool.

via GIPHY

Deathstroke merupakan musuh ketat kepada Teen Titans, Batman dan jugak Green Arrow. Pada tahun 2017, Watak Deathstroke telah dilakonkan oleh Joe Manganiello sebagai cameo dalam movie Justice League.

So korang rasa siapa yang tiru siapa? Marvel tiru DC or sebaliknya? Ada banyak lagi watak yang lebih kurang sama dalam Marvel dan DC tapi aku share empat watak ini dulu. Komen kalau korang nak lagi! 

KATALAKI: Kalau Flash lumba lari dengan Quicksilver agak-agak siapa yang menang?

Last modified: 1 February 2019