Watak-watak Penting Dalam Filem Black Widow

Sembang, ZAP, ZeKool

Hubungan antara para penonton dan peminat saga filem Avengers dunia MCU dan watak wanita perkasa Natasha Romanoff atau lebih dikenali sebagai Black Widow dipisahkan apabila kita menyaksikan sendiri Black Widow mengorbankan nyawanya di planet Vormir supaya Hawkeye boleh mendapatkan Soul Stone, ianya antara babak yang menyedihkan buat para peminat Avengers dalam filem terakhir Avengers: Endgame.

Walaupun watak Black Widow telah dimatikan di dalam filem Avengers: Endgame. Marvel masih lagi ingin mengunakan khidmat Scartlett Johansson dalam solo movie Black Widow yang menceritakan tentang kehidupan dan sejarah sebenar Natasha Romanoff aka Black Widow. Filem sulung Black Widow ini berdasarkan cerita yang berlaku pada pertengahan filem Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War, di dalam filem ini juga penonton akan mengikuti cerita Natasha apabila beliau melarikan diri daripada pihak kerajaan apabila berlakunya pertarungan antara team Captain Amgera dan Team Iron Man dalam filem Captain America: Civil War.

Di dalam filem ini juga kita akan menyaksikan Natasha pulang semula ke Rusia dimana beliau akan berhadapan dengan masa lampau dan bersatu kembali dengan keluarganya yang terdiri daripada Yelena Belova, Melina Vostokoff, dan, Alexei Shostakov atau juga dikenali sebagai Red Guardian. Dengan pengelibatan Natasha dan tiga orang keluarganya itu nanti, mereka juga akan berdepan dengan penjahat terbaharu yang digelarkan sebagai Taskmaster.

Watak villain yang dikenali sebagai Taskmaster ini juga mempunyai kuasa yang mampu meniru pergerakan fizikal sesiapa sahaja yang diperhatikannya. Namun identiti sebenar Taskmaster masih tidak lagi diketahui.

Hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk kita menyaksikan sendiri filem pertama watak Black Widow ini. Pihak produksi Disney dan Marvel sedang giat dalam rangka promosi filem Black Widow ini dengan mengeluarkan final trailer dimana peminat dapat saksikan sedikit sebanyak apa yang bakal terjadi di dalam filem itu nanti.

Jadi kali ini Thelaki nak breakdown untuk korang watak-watak yang korang wajib tahu sebelum menyaksikan sendiri filem ini nanti di pawagam.

SIAPA YELENA?

Menurut cerita mengikut komik Marvel, Yelana Belova sebenarnya dikenali juga sebagai Black Widow dan Yelena turut bersama dalam program latihan yang dilalui oleh Natasha pada zaman kanak-kanak, program Red Room. Walaupun tiada bertalian darah diantara Yelena dan Natasha, tetapi ikatan perhubungan antara Natasha dan Yelena ini ibarat adik-beradik dan Yelena ini boleh dianggap seperti long lost sister kepada Natasha.

Keakraban seperti kakak dan adik yang dapat kita lihat di dalam filem Black Widow adalah kerana Natasha dan Yelena sama-sama dilatih di dalam program Red Room untuk membentuk penyiasat wanita mejadi soviet agents. Di dalam komik Marvel, Yelena Belova membuat kemunculan pertama dalam siri Inhumans isu nombor 5.

Untuk Yelena Belova versi filem Black Widow, ianya dilakonkan oleh pelakon yang sedang meningkat naik, Florence Pugh. Terdapat juga desas-desus kemungkinan watak Yelena Belove yang dibawakan oleh Florence Pugh akan mengantikan Scarlett Johanson sebagai watak Black Widow. Jika ini benar, Maka secara automatik Yelena Belova akan mengambil alih tugas sebagai Black Widow terbaharu.

DISEBALIK TASKMASTER

Seperti yang kami katakan tadi, Taskmaster adalah watak villain yang mempunyai keupayaan untuk mimic cara pergerakkan dan cara perlawanan oleh sesiapa saja yang beliau perhatikan. Di dalam trailer filem Black Widow ini, kita dapat saksikan bagaimana Taskmaster dapat berlawan seakan style pergerakkan Black Widow. Dalam filem ini juga kita dapat lihat bagaimana Taskmaster mengunakan shield seakan yang digunakan oleh Captain America dan mengunakan bow and arrow seperti Hawkeye dan terbang bagaimana cara Iron Man terbang.

Di dalam filem Black Widow ini juga kita ketahui bahawa Taskmaster merupakan ketua disebalik Red Room. Yelena juga memberitahu bahawa terdapat beberapa Black Widows di dalam latihan yang dimanipulasikan oleh Taskmaster. Red Room juga dikenali sebagai The Black Widow Program yang melatih wanita dari usia yang muda untuk dijadikan sebagai pembunuh paling dahsyat. Program Red Room ini juga dikatakan program yang beroperasi dengan cara yang kejam kerana setiap ahli yang menyertai program ini harus berlawan antara satu sama lain sehingga salah daripada mereka mati.

Kenapa dan bagaimana Taskmaster yang mengetuai program Red Room, itu semua mungkin akan terjawab apabila keluarnya filem Black Widow nanti.

KELUARGA RUSIA NATASHA

Semasa pengelibatannya di dalam siri Avengers, kita memang tidak tahu siapa sebenarnya keluarga Natasha Romanoff yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson. Tetapi dalam filem sulung Black Widow kali ini, kita dapat lihat Natasha bersama 3 watak baru iaitu Yelena Belova, Melina Vostokoff dan Alexie Shostakov.

Di dalam sejarah dan jalan cerita komik Marvel, Melina Vostokoff juga memegang watak superhero yang dikenali sebagai Iron Maiden, seorang Russian assassin tetapi bakat dan kekuatannya selalu dipertikai dan dibandingkan dengan Black Widow, perkara ini sedikit sebanyak membuatkan beliau membenci Black Widow.

Lihat daripada trailer yang dikeluarkan, kita dapat lihat mask atau topeng Iron Maiden yang tergantung. Sama ada watak Melina ini baik atau sebaliknya, ini masih lagi tidak kita ketahui sehingga filem ini dikeluarkan nanti.

Apa yang pasti, daripada trailer terakhir yang dikeluarkan untuk filem Black Widow ini. Kita dapat lihat bagaimana watak Melina Vostokoff kelihatan mempunyai vibe atau gaya seorang ibu. Terdapat dialog dimana Alexie memberi tahu Natasha “listen to your mother”. Mungkin babak ini ingin menunjuk elemen kekeluargaan diantara Natasha dan keluarga Rusianya

SIAPA RED GUARDIAN?

Watak superhero Red Guardian ini boleh dikatakan sebagai lebih kurang seperti Captain America tetapi dalam versi negara Rusia. Red Guardian atau nama betulnya, Alexei Shostakov membuat kemunculan debut pada isu #43 dalam komik The Avengers yang dikeluarkan pada tahun 1967.

Perbezaan ketara yang dapat kita lihat antara Red Guardian dan Captain America adalah Red Guardian banyak menghabiskan waktu di dalam penjara. Menerusi trailer filem Black Widow, kita dapat saksikan bagaimana Red Guardian dibebaskan dengan memecah keluar daripada penjara tersebut.

Walaupun di dalam trailer tersebut nampak seperti Red Guardian memakai sebuah shield, namun shield tersebut bukan miliki beliau tetapi ianya adalah shield yang digunakan oleh Taskmaster.

Kalau mengikut jalan cerita siri komik Black Widow: Deadly Origin, Red Guardian sebenarnya merupakan bekas suami kepada Natasha Romanoff, mereka pernah berkahwin namun untuk menyertai program Red Guardian Alexie terpaksa memalsukan kematian beliau. Namun masih lagi belum jelas bagaimana pula jalan cerita hubungan antara Alexei Shoshtakov dan Natasha Romanoff di dalam filem solo Black Widow ini.

KATALAKI: Baik juga lakonan Florence Pugh tu, harap-harap dapat sambung jadi Black Widow

Last modified: 10 March 2020