Watchmen – Siapa Geng Superhero Ganas?

Sembang

Korang pernah dengar pasal Watchmen? Kalau korang nak tahu, Watchmen merupakan cerita tentang group superheroes yang bergerak pada zaman 1980. Komik Watchmen ini telah dihasilkan oleh penulis terkenal iaitu Alan Moore dan watak-watak dalam komik ini dilukis oleh Dave Gibbons.

Komik pertama Watchmen dikeluarkan pada tahun 1986 dan pada tahun 2009, Zack Snyder telah mengeluarkan movie yang di inspirasi daripada komik Watchmen. Dan pada tahun ini, HBO telah memperlihatkan satu TV siri untuk Watchmen. Masa acara Golden Globes itu hari, adalah  tunjuk teaser sikit untuk tv siri Watchmen ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watchmen (@watchmen) on

Cerita Watchmen ini memang lebih dark bagi aku dari cerita-cerita superheroes lain yang pernah dikeluarkan. Watchmen mengisahkan tentang sekumpulan superhero yang dikawal selia oleh kerajaan pada tahun 1938 dan mereka ini digunakan untuk menyelesaikan masalah seperti world war 1 & 2 dan Vietnam war.

Mulanya dorang memang diminati oleh semua rakyat tapi lama-lama rakyat mula menyampah dengan dorang dan mula anggap macam dorang ini sebagai orang jahat dan rakyat tak perlukan penyelamat seperti dorang. Pada tahun 1977, kerajaan telah ban superhero disebabkan desakan oleh rakyat.

Jum kita berkenalan kejap dengan watak-watak utama dalam cerita Watchmen ni

DR. MANHATTAN

Dr. Manhattan merupakan satu-satunya watak dalam Watchmen yang ada super power. Nama sebenar dia adalah Dr. Jonathan Osterman, seorang nuclear physicist yang pada tahun 1959 telah menemui kecelakaan selepas experiment dia tak berjaya dan menyebabkan tubuh badan dia meletup dan mula bercantum balik.

Tubuh badan dia telah berubah menjadi warna biru dan dia telah diserap masuk ke kerajaan USA yang mana telah diberi nama baru iaitu Dr. Manhattan. Nama dia telah diambil daripada Manhattan Project, sebuah project senjata nuclear yang dihasilkan semasa perang dunia kedua.

THE COMEDIAN

The Comedian ataupun nama sebenar dia Edward Morgan Blake mempunyai cara dan permikiran yang berbeza di antara ahli kumpulan dia yang lain. The Comedian lebih kepada antihero daripada superhero sebab lagi suka bunuh orang berbanding selamatkan orang.

Costume pertama The Comedian adalah berwarna kuning dengan topeng Domino. The Comedian memang terkenal dengan cara dia yang ganas dan disebabkan keganasan ini, dia telah berjaya menghancurkan hampir kesemua organisasi kongsi gelap di New York.

RORSCHACH

Walter Kovacs ataupun lebih dikenali dengan nama Rorschach. Rorschach merupakan seorang lelaki misteri yang memakai topeng. Topeng Rorschach ni memang agak rare sedikit berbanding watak-watak lain sebab dekat topeng dia ada corak ink blot test yang selalu dijalankan oleh pakar sakit jiwa atau pun lebih dikenali dengan Rorschach Test.

Pada awal movie The Watchmen, Rorschach sedang menyiasat tentang kematian The Comedian yang telah dicampak dari tingkap apartment dia. Rorschach telah membuat satu teori yang pembunuh The Comedian sedang target semua superhero yang masih active masa itu.

NITE OWL

Nite Owl ataupun nama sebenar dia Daniel Dreiberg mempunyai watak seperti Batman cuma dia bukan billionaire macam Bruce Wayne je. Daripada segi costumes dan weapon dia, memang saling tak tumpah macam Batman.

Daripada logo, customes sampailah gadget dia semuanya berdasarkan rekaan burung hantu. Nite Owl mempunyai kenderaan terbang dia sendiri yang diberi nama Owlship ataupun Archie, singkatan untuk Archimedes, Burung hantu perliharaan Merlin dalam novel The Once and Future King.

SILK SPECTRE

Laurel Jane Juspeczyk merupakan watak kedua yang menggunakan nama superhero Silk Spectre selepas emak dia yang merupakan Silk Spectre yang pertama. Laurel dibesarkan dalam keluarga yang agak porak peranda yang mana dia selalu melihat mak dan bapak dia bergaduh setiap malam.

Semasa membesar, Laurel tahu yang bapak dia, Laurance bukanlah bapak dia yang sebenar namun still clueless siapakah bapak dia yang betul. Laurel pada mulanya tidak berminat untuk ikut jejak langkah mak dia untuk jadi superhero tapi mengalah sebab asyik dipaksa oleh mak dia.

Dalam movie Watchmen, Laurel merupakan awek kepada Dr. Manhattan tapi dalam masa yang sama dia ada scandal dengan Nite Owl.

OZYMANDIAS

Ozymandias ataupun nama sebenar dia Adrian Alexander Veidt merupakan watak jahat didalam movie The Watchmen. Ozymandias pada mulanya merupakan ahli The Watchmen yang mempunyai level IQ yang sangat tinggi dan ahli yang paling kaya.

Ozymandias ni dia ada satu binatang peliharaan yang bertindak macam dia punya side kick lah. Side kick Ozymandias ni nama dia Bubastis dan dia merupakan haiwan yang telah di genetically engineered oleh Ozymandias. Dia mempunyai tubuh badan seperti kucing hutan yang besar dan berwarna biru.

Sidekick Ozymandias, Bubastis

Untuk siri TV yang bakal dikeluarkan oleh HBO ni, banyak info yang aku belum dapat lagi seperti bilakah tarikh tayangan dia dan story macam yang dorang akan buat. Adakah story dia sambungan kepada apa yang dah jadi masa movie The Watchmen or story lain? Yang itu kenalah tunggu dorang keluarkan info lebih lanjut.

KATALAKI: Aku paling suka watak Rorschach sebab nampak cool gila dengan watak dia yang misteri gila tu!

Last modified: 25 February 2019