Wayang Kulit Ada Darth Vader Dan Thanos?!

Sembang

Wayang kulit, satu bentuk hiburan rakyat masa dulu-dulu. Walaupun kita sekarang hidup dizaman yang serba canggih, masih ada lagi tempat-tempat yang orang zaman sekarang boleh pergi untuk melihat sendiri persembahan wayang kulit.

Tapi untuk menarik lebih banyak anak muda untuk belajar tentang apa itu wayang kulit, Tintoy Chuo iaitu pengasas Fusion Wayang Kulit telah mengabungkan ciri-ciri pop culture sekarang dengan wayang kulit!

Fusion Wayang Kulit mengambil watak-watak seperti dalam movie Star Wars, Batman dan juga watak-watak daripada permainan video seperti Lucio daripada game Overwatch. Ini bukan sahaja membuatkan persembahan wayang kulit itu lebih menarik malah anak-anak muda lebih senang nak mengenali watak-watak yang dipersembahkan.

Bercerita tentang bagaimana boleh terciptanya Fusion Wayang Kulit ini, ia pada mulanya hanya sekadar projek seni untuk persembahan di Publika. Disebabkan menerima feedback yang memberangsangkan, Tintoy terus bertemu dengan Pak Dain, salah seorang daripada 13 Tok Dalang yang diktiraf oleh Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan.

Tintoy bercadang untuk membuat persembahan dengan skala yang lebih besar dan menampilkan lebih banyak watak-watak terkenal pop culture bersama-sama dengan bantuan Pak Dain.

SUMBER GAMBAR: MYGAMEON

Yang lebih menarik, Wayang kulit yang dibuat bukan sekadar diikut design asal tetapi diberi suntikan budaya contohnya seperti watak Lucio yang dihiaskan dengan kain sarung pada bahagian kakinya.

Tintoy berkata, setiap satu-satu watak mengambil masa hampir sebulan untuk disiapkan kerana setiap rekaan perlu menepati standard yang telah ditetapkan oleh Pak Dain supaya setiap rekaan mengikut format rekaan wayang kulit sebenar.

Selepas watak-watak ini dilukis pada kulit lembu, ia akan diwarnakan dengan marker pen dan dakwat artline yang memberikan efek lut cahaya. Ini bagi memberikan pantulan cahaya yang berwarna-warni apabila watak-watak ini dipersembahkan.

Salah satu persembahan mereka yang bertajuk Peperangan Bintang yang diinspirasi daripada movie Star Wars telah dipersembakan di banyak negara seperti di China, Jerman, Austria dan juga Singapura.

Persembahan yang berdurasi selama 30 minit ini disuarakan oleh Pak Dain dengan alunan alat muzik tradisional seperti gong, serunai, geduk dan turut dimasukkan aspek digital seperti CGI bagi menghasilkan persembahan yang lebih menarik!

Rekaan unik Fusion Wayang Kulit telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan seperti anugerah Augustman’s Men of The Year, anugerah Merdeka Thumbup Challenge dan sebagainya. Ia juga baru sahaja layak ke peringkat akhir rancangan television, The Puppet di Guangdong, China.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Fusion Wayang Kulit, jangan lupa untuk follow dorang dekat Facebook Page rasmi dorang di SINI!

KATALAKI: Bayangkan dorang buat persembahan based on Avengers: Infinity War pula lepas ni wohoooo!

SUMBER : MYGAMEON

Last modified: 14 February 2019