Weapon Dan Rumors Terbaru Apex Legends!

Game, Tech

Walaupun tak sampai sebulan lagi dikeluarkan, permainan video Apex Legends rata-rata menjadi kegilaan semua. Walaupun membawa ciri-ciri genre battle royale namun ia berbeza dengan permainan video lain yang membawa ciri yang sama seperti PUBG dan FORTNITE.

Selain watak-watak atau legends yang mempunyai jalan cerita mereka sendiri, legendslegends ini turut mempunyai skill dan ultimate mereka tersendiri membuatkan pemain harus betul-betul memilih legends yang mana kena dengan corak permainan mereka.

Dalam bulan ini sahaja, terdapat beberapa update dan rumors untuk permainan video Apex Legends ini seperti senjata baru, legends, maps dan juga mod baru yang mungkin akan dibawa masuk ke dalam permainan ini dalam masa terdekat. So hari ini aku akan share sikit update dan rumors terbaru untuk game Apex Legends ini!

SENJATA BARU

Weapon terbaru yang dipanggil Havoc ini merupakan satu Energy Rifle yang baru sahaja dimasukan ke dalam permainan video Apex Legends minggu ini. Weapon ini menggunakan Energy Ammo yang kalau korang tahu agak susah nak dicari.

Respawn Entertainment juga ada mengeluarkan satu video menunjukan bagaimana weapon ini berfungsi. Weapon ini bila di trigger akan mengambil sedikit masa sebelum ia mula menembak. Senjata ini nampaknya berfungsi sama seperti weapon Devotion, satu light machine gun yang ada dalam Apex Legends.

Havoc ini mampu menembak dalam mod full auto dan boleh ditukar menggunakan Selective Receiver mod yang mana akan bertukar ke mod singleshot seperti sniper rifle. Untuk membuang revup time, korang perlu attach Turbocharger kepada senjata ini dan ia mampu menembak secara terus tanpa menunggu ia charging. Aku dah pernah try weapon ini tempoh hari dan bagi aku, senjata ini bukan untuk aku hahaha!

CHARACTERS BARU

Minggu ini juga terdapat beberapa rumors tentang tiga characters baru yang mungkin akan dimasukan ke dalam permainan video Apex Legends. Tiga characters tersebut adalah Prophet, Octane dan juga Wattson.

Untuk character Prophet, ia dikatakan akan mempunyai ultimate yang dipanggil Precog. Precog ini berkemungkinan besar akan memberikan player kelebihan untuk tahu tentang masa depan. Ini bermaksud Prophet berkemungkinan dapat tahu di manakah circle terakhir akan berada ataupun tahu dimanakah supply drops akan diturunkan.

Bagi character Octane pula, ia dikatakan akan mempunyai ultimate Stimpak yang mana akan memberikan boosting terhadap stat. Ini kemungkinan akan membuatkan character ini bergerak lebih laju, melompat lebih tinggi ataupun menaikan sedikit HP pemain dalam masa tertentu.

Character yang terakhir adalah Wattson. Untuk Wattson, ia dikatakan berkemungkinan akan mempunyai ultimate sepeti electric bom dan tactical skill seperti electric trap. Ini dilihat sama seperti skill dan ultimate yang terdapat pada character Caustic yang mana mempunyai skill dan ultimate yang lebih kurang sama namun instead of electric, Caustic mengeluarkan poison gas.

MAP & MOD BARU

Dalam beberapa tweet yang dikeluarkan oleh Apex Legends News, Terdapat beberapa mod permainan yang mungkin akan dimasukan ke dalam game Apex Legends. Terdapat dua mod yang telah leaks iaitu mod Recruit dan mod Duo,

Untuk Mod Recruit, pemain dapat bermain secara solo dan dan recruit team korang sendiri apabila korang selamat mendarat dalam map. Untuk Recruit pemain lain ke dalam team korang, Korang perlu revive pemain yang telah down dan mengajak pemain tersebut untuk join korang punya team.

Untuk mod Duo pula, pemain mungkin akan bermain dalam team yang cuma mempunyai dua ahli sahaja. Ini akan membuatkan jumlah pemain dalam satu sesi akan berkurang dan mungkin kadar circle akan lebih cepat mengecil berbanding mod biasa.

via GIPHY

Leaks ini juga dikatakan akan memasukan kenderaan yang boleh dipandu oleh pemain yang dipanggil Rodeo. Rodeo ini dikatakan menyerupai HoverBike yang mana akan memuatkan satu pemandu dan dua orang penumpang.

Untuk map, dikatakan akan ada satu map baru untuk mod Survival yang dipanggil sebagai BOX. Menurut leaks tersebut, code permainan Apex Legends menggunakan codemp_rr_canyonlands” bagi map King’s Canyon yang ada sekarang namun mereka telah menjumpai code tersembunyi yang ditulis “mp_rr_box 

KATALAKI: Tak sabar nak try characters dan mod baru tapi aku rasa aku akan try sekali je characters baru lepas tu balik guna Bangalore balik hahaha!

Last modified: 25 February 2019