Webinar Kool FM Paling Best Sepanjang September Dan Oktober Ini!

Sembang, ZAP

Ada berita baik untuk korang yang suka dengar talk berunsurkan inspirasi atau motivasi. Kool FM bakal mengadakan satu siri seminar web ataupun webinar untuk korang sepanjang bulan September dan Oktober ini. Selalu kalau kita nak pergi seminar atau motivational talk mesti perlu ke lokasi yang ditetapkan, tapi webinar ni korang cuma perlu duduk depan komputer atau smartphone korang je. Senang je weh nak join!

Image via: Thelaki.com.my

TOPIK MENARIK DAN TETAMU JEMPUTAN YANG HEBAT

Apa yang menariknya, Kool FM merupakan satu-satunya stesen radio yang menganjurkan webinar secara PERCUMA di halaman rasmi Facebook Kool FM. Satu sen pun korang tak perlu bayar, yang penting follow je halaman rasmi Facebook Kool FM tu. Antara tetamu-tetamu yang bakal muncul dalam webinar tersebut adalah seperti Datuk Haji Aznil Haji Nawawi, Pengacara Ternama Malaysia; Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia; Zulfa Ashida Zulkifli, Ketua Pegawai Sumber Manusia UEM Sunrise; Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad dan ramai lagi figura-figura hebat dalam dunia korporat. Bukan calang-calang ni weh tetamu jemputan. Semestinya kehadiran tetamu berprofile tinggi ini akan memberikan inspirasi dan motivasi kepada anda semua melalui perbincangan pelbagai topik menarik. 

Berikut merupakan tarikh beserta topik-topik menarik yang akan dibincangkan dalam sesi Webinar Kool:

  1. Bawa karier anda ke tahap yang lebih tinggi. (8 September 2020 –  12.30 tengah hari).
  2. Benarkah kesihatan mental menganggu keharmonian keluarga. (22 September 2020 – 12.30 tengah hari).
  3. Peluang untuk kembangkan perniagaan anda. (6 October 2020 – 12.30 tengah hari).

Mana yang menarik dan dirasakan sesuai dengan keperluan korang boleh lah set siap-siap dalam kalendar supaya nanti tak terlepas Webinar Kool ini. Webinar yang paling terdekat bakal berlangsung pada 8 September ini adalah berkenaan dengan perkembangan karier kita ke tahap yang lebih tinggi. Ini mungkin sesuai untuk korang yang dalam dilema atau sedang dalam perancangan untuk mengembangkan karier.

PERCUMA UNTUK ANDA SEMUA!

Tapi yang paling penting adalah tiada bayaran akan dikenakan kepada yang nak sertai webinar ini. Tambahan lagi, bukan setakat dapat tonton webinar ni secara percuma, tapi korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai daripada Kool FM. Rasanya memang rugi sangat lah kalau korang tak ambil peluang ni. Dah lah join secara percuma, berpeluang dapat hadiah wang tunai lagi! Tunggu apa lagi, jom Like dan Follow Facebook Kool FM sekarang juga. Kalau korang masih ragu-ragu dan perlukan maklumat lanjut, boleh layari www.koolfm.com.my. Apa-apa pun, platform dan ruang untuk korang sertai satu seminar yang bermanfaat telah disediakan. Jadi, jangan lepaskan peluang ni gais.

KATALAKI: Serious yang ni rugi kalau korang tak join sekali. Dah lah nak join free je, siap ada peluang memenangi hadiah wang tunai!

Last modified: 3 September 2020