Website Seram Yang Korang Boleh Layari Sekarang!

Sembang

Minggu lepas aku ada menulis tentang websitewebsite yang kini dah bernilai beratus billion USD. Tapi dunia internet ini sebenarnya macam lautan, banyak lagi websitewebsite yang orang biasa tak tahu wujud dan mostly websitewebsite ini sangatlah menyeramkan.

via GIPHY

Korang mungkin tahu tentang Dark Web tapi aku bukan nak bercerita tentang Dark Web hari ini. Dark Web terlampau bahaya untuk aku share dengan korang jadi aku akan share beberapa website yang korang boleh search dengan mudah tapi still menyeramkan.

HOMICIDE MONITOR

Korang nak tengok berapa banyak kes pembunuhan yang berlaku diseluruh negara pada masa lepas? Kalau nak korang kena pergi website Homicide Monitor ini. Walaupun kes pembunuhan ini yang ditunjukkan hanya sehingga tahun 2018, tapi agak seram jugalah sebab korang boleh tengok berapa banyak angka kematian di setiap negara.

Sebagai contohnya untuk Malaysia. Pada tahun 2016, Malaysia mencatatkan angka kematian disebabkan kes bunuh sebanyak 456 orang dan daripada tahun 2000 sehingga tahun 2016, Malaysia mencatatkan angka kematian tertinggi untuk kes bunuh pada tahun 2008 iaitu sebanyak 654 orang!

GOODBYE WARDEN

Korang nak tahu apa kata-kata terakhir banduan sebelum dorang dihukum mati? Kalau korang nak rasa seram dan masa yang sama nak rasa sedih, korang boleh pergi dekat website Goodbye Warden ini. Dalam website ini, ia memaparkan kata-kata terakhir daripada 540 banduan sebelum mereka menerima hukuman mati di Texas.

Kata-kata terakhir ini dikumpul bermula daripada tahun 1982. Aku tahu yang kita tak patut kesian dengan banduan, yelah ada sebab kenapa dorang bergelar banduankan tapi bila korang baca betul-betul kata-kata terakhir dorang ini, korang dapat rasa yang dorang betul-betul insaf dengan kejahatan yang dorang dah buat dulu.

DOOMSDAY CLOCK

Kita semua tahu yang satu hari nanti, kiamat pasti akan tiba. Lagi-lagi kita sebagai orang islam sememangnya wajib percaya akan hari kiamat. Di Bulletin of the Atomic Scientist, terdapat beberapa kajian yang akan menunjukan bagaimana dunia yang kita duduki sekarang akan musnah.

Para scientist di sini akan mengambil kira apa yang akan menyebabkan dunia ini akan musnah berdasarkan apa yang manusia sendiri telah lakukan. Ini termasuklah masalah climate change sehinggalah kepada peperangan senjata nuclear. Para scientist ini juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menasihati kerajaan dalam membuat satu-satu keputusan.

OUTRIDER

Dengan negara luar yang semakin bergolak dan kebanyakan daripada dorang mempunyai senjata nuclear, sudah tentu ada di antara korang yang terfikir apa yang akan terjadi andai kata tempat tinggal korang di bom menggunakan bom nuclear.

Well kalau itu yang korang nak tahu, korang pergi sahaja dekat website Outrider ini. Dekat website ini korang boleh setkan tempat tinggal korang dan bom nuclear apa yang akan digunakan. Selepas itu korang akan nampak betapa besarnya impak letupan dan beratus ribu orang yang akan mati jika tempat korang betul-betul di bom dengan bom nuclear!

KATALAKI: Ini baru websitewebsite biasa and belum lagi dark web punya website. Memang tak tidur korang nanti!

Last modified: 1 July 2019