Zaman sekarang semua perniagaan mempunyai website dorang sendiri. Bukan setakat perniagaan besar sahaja malah perniagaan yang baru nak bermula pun mesti kena ada website dorang sendiri. Menurut sumber Internet Live Stats, terdapat lebih daripada 1.5 billion website yang telah berdaftar dari seluruh dunia dan lebih daripada 200 million website yang masih aktif sehingga sekarang.
Namun kalau kita tengok beberapa website yang popular sekarang, kebanyakannya hanya bermula daripada website–website kecil tapi semakin lama website tersebut menjadi semakin popular dan kini telah bernilai jutaan ringgit. Hari ini aku akan share dengan korang beberapa website yang dulu cuma hanyalah satu website kecil-kecilan tapi sekarang dah bernilai berbilion USD!
COUPONS.COM

Image Via: http://couponwebsitereviews.com
Syarikat yang berasal dari California ini dihasilkan oleh seorang finance executive, Steven Boal pada tahun 1998. Steven mahu merubah cara pemberian kupon kepada orang awam. Dahulunya kupon akan dicetak di dalam surat khabar dan orang ramai terpaksa menggunting kupon tersebut daripada surat khabar.

Image Via: https://www.moneycrashers.com
Steven nak semua orang bertukar ke digital kupon. Steven telah bekerja keras selama tiga tahun untuk menyakinkan syarikat-syarikat besar untuk bekerjasama dengannya dalam menukar kupon mereka kepada kupon digital. Pada April 2001, Coupons.Com telah bermula secara rasmi dan pada 2011, website Coupons.Com dikatakan telah bernilai USD1 Billion!
BLUE APRON

Image via: https://www.eater.com
Korang pernah dengar tentang website Blue Apron tak? Kalau korang nak tahu website Blue Apron ini merupakan satu website yang membantu orang ramai dalam menyediakan makanan. Website ini bukan sahaja akan menyediakan resepi-resepi daripada chef terkemuka malah dorang juga akan menghantar bahan masakan ke rumah korang.

Image Via: https://www.paceco.com
Setiap bahan masakan yang dihantar kerumah korang sudah pun disukat dan ditimbang supaya tiada pembaziran akan berlaku. Mereka telah bekerjasama dengan petani dan peladang tempatan bagi memastikan bahan yang dihantar kerumah pelanggan sentiasa segar dan dihantar dalam masa 24 jam. Website ini kini telah bernilai USD2 Billion!

Image Via: https://searchengineland.com
Ada tak dikalangan korang yang guna website Pinterest? Kalau korang nak tahu Pinterest ini merupakan satu website dimana korang boleh upload gambar-gambar dan melihat gambar-gambar daripada semua orang orang dari seluruh dunia. Nampak simple saja website inikan?

Image Via: http://socialbarrel.com
Well website yang korang nampak simple ini sekarang telah bernilai lebih USD10.4 Billion bro! Website ini boleh dikira masih baru kerana ia mula beroperasi pada tahun 2009. Pada tahun 2016, Pinterest telah mempunyai lebih daripada 150 juta active user dengan 70 juta daripadanya hanya dari Amerika Syarikat sahaja!
AIR BNB

Image Via: https://pixabay.com
Founder Air BnB, Brian Chesky dan Joe Gebbia tidak mampu untuk membayar duit sewa rumah mereka setelah berpindah ke San Francisco pada tahun 2007. Kerana terdesak, mereka telah membuat satu keputusan untuk bentangkan satu tilam angin di ruang tamu mereka dan menyewakan kepada orang awam.

Image Via: https://www.euractiv.com
Siapa sangka dengan idea simple macam itu, dorang telah menghasilkan satu syarikat dan menamakannya Air BnB. Pelanggan pertama dorang merupakan seorang executive yang bengang kerana tidak dapat menempah bilik hotel. Pelakon terkenal, Aston Kutcher tertarik dengan idea mereka dan telah melaburkan duit bagi memastikan syarikat ini terus maju. Sekarang syarikat ini telah bernilai lebih daripada USD29.3 Billion!
AMAZON

Image Via: https://www.amazon.com
Jeff Bezos, founder kepada syarikat ini pada mulanya ingin menjadikan Amazon sebagai kedai buku yang paling besar di dunia. Buku pertama yang berjaya mereka jual secara online adalah buku yang bertajuk Fluid Concept and Creative Analogies: Computer Modules of the Fundamental Mechanism of Thought.

Image Via: https://caterina.net
Syarikat dan website yang dulunya bermula sebagai satu online store untuk menjual buku kini telah berkembang dan telah menjual semua jenis barang. Kini syarikat Amazon ini telah benilai lebih daripada USD177.9 Billion dan ini telah menjadikan Amazon sebuah syarikat dan website yang simple kepada sebuah empire yang besar!
KATALAKI: Kalau korang ada cita-cita nak buat website ke apa, jangan takut untuk kejar cita-cita korang tu. Mana tahu satu hari nanti mungkin website korang yang simple tu tersenarai sebagai website yang bernilai jutaan ringgit!