When They See Us : Kisah Benar 5 Remaja Dipenjara Secara Tidak Adil

Sembang

Drama bersiri dokumentari terbaru mengenai kisah benar 5 orang remaja yang dijatuhkan hukuman berat disebabkan kesalahan yang dorang tak buat, When They See Us kini ditayangkan di Netflix sejak 31  May 2019.

Image Via : YouTube

When They See Us menceritakan mengenai 5 orang remaja, Kevin Richardson, Antron McCray, Yusef Salaam, Raymond Santana dan Korey Wise dijatuhkan hukuman selepas dituduh mencederakan dan merogol seorang wanita yang keluar bersenam pada waktu malam, 19 April 1989.

Image Via : vox.com

Selepas dipaksa membuat pengakuan palsu oleh pihak polis dan pendakwa raya, 5 orang remaja tersebut dikenakan hukuman berat iaitu Kevin Richardson, Antron McCray, Yusef Salaam, Raymond Santana dihantar ke penjara juvana selama 5 hingga 10 tahun dan Korey Wise dihantar ke penjara dewasa selama 5 hingga 15 tahun disebabkan umur Korey Wise yang masa tu berumur 16 tahun, melebihi had umur untuk penjara juvana.

Image Via : amny.com

Pada tahun 2002, Kevin Richardson, Antron McCray, Yusef Salaam, Raymond Santana dan Korey Wise dibebaskan daripada sebarang pertuduhan jenayah selepas seorang banduan di dalam penjara mengaku mencederakan dan merogol seorang wanita yang keluar bersenam pada 19 April 1989 bersama bukti yang kukuh.

Kisah mengenai 5 orang remaja ni tersebar luas satu dunia yang juga dikenali sebagai Central Park Five. Sebelum ni tak ramai yang tahu macam mana jalan cerita sebenar mengenai kisah Central Park Five sehingga lah drama bersiri When They See Us ditayangkan kat Netflix.

Image Via : nydailynews.com

Dalam When They See Us, ada ditunjukkan macam mana bahagianya hidup 5 orang remaja tersebut sebelum ditindas oleh sistem keadilan di Amerika Syarikat. Penindasan tersebut termasuk lah isu perkauman, tuduhan secara melulu dan pengakuan palsu yang dipaksa oleh pihak berkuasa.

Image Via : pix11.com

Drama bersiri When They See Us ada 4 episod je. Kalau korang nak layan, tak ambil masa yang lama pun. Cuma, bila korang tengok drama bersiri When They See Us, korang akan rasa kesian, sedih, benci dan marah dengan apa yang berlaku kepada 5 orang remaja yang dituduh dan dipaksa untuk buat pengakuan palsu terhadap jenayah yang dorang tak buat.

Dari kiri : Antron McCray, Raymond Santana, Kevin Richardson, Yusef Salaam, dan Korey Wise. Image Via : history.com

Pelakon kanak-kanak yang melakonkan watak 5 remaja tersebut juga berjaya melakonkan watak masing-masing mengikut personaliti dan kisah sebenar Kevin Richardson, Antron McCray, Yusef Salaam, Raymond Santana dan Korey Wise. Sebelum proses pengambaran drama bersiri When They See Us bermula, pelakon-pelakon yang terlibat diaturkan untuk berjumpa dan mengenali lebih dekat dengan individu sebenar yang terlibat dalam kisah Central Park Five.

Image Via : nytimes.com

Netflix ada tayangkan gak temu bual eksklusif Oprah Winfrey bersama dengan para pelakon When They See Us dan juga Kevin Richardson, Antron McCray, Yusef Salaam, Raymond Santana dan Korey Wise. Pastikan korang tengok gak temu bual eksklusif dengan Oprah Winfrey ni lepas layan drama bersiri When They See Us.

Image Via : Netflix

Mungkin ada yang akan menitiskan air mata bila tengok temu bual ni. Korey Wise memang dah nampak macam seorang manusia yang berbeza selepas keluar daripada penjara. Bercakap sepatah dua je. Antara 5 orang yang dituduh berkenaan kisah Central Park Five, Korey Wise yang paling teruk diseksa secara fizikal dan mental selepas dihantar ke penjara dewasa.

Image Via : variety.com

Ini antara respons orang ramai mengenai drama bersiri When They See Us.

KATALAKI: When They See Us dapat 16 pencalonan untuk Primetime Emmy Awards 2019 yang akan berlangsung pada 22 September 2019 nanti.

Last modified: 19 August 2019