Wira – Filem Lokal Pertama Format 4DX!

Sembang

Pastinya ini adalah yang sesuatu yang amat membanggakan buat para pengiat seni kreatif tempatan, terutama sekali apabila kita di Malaysia sudah pun berjaya menerbitkan sebuah filem dalam format 4DX dan DBox. Filem aksi arahan pengarah Adrian Teh merupakan filem tempatan pertama yang ditayangkan dengan format premium 4DX di Golden Screen Cinemas (GSC).

Untuk kaki wayang yang memang selalu tiap-tiap bulan tengok wayang, pastinya tahu apakah format 4DX atau DBox, tapi untuk yang tidak tahu. 4DX atau Dbox ini merupakan format tayangan yang memberikan 20 special effects daripada haba, asap, angin, getaran serta pergerakkan kepada penonton, impak cinematic experience seakan berada didalam babak filem yang sedang ditonton.

So pastinya ramai yang tertanya-tanya, best atau tidak filem pertama Malaysia yang menyediakan kepuasan pawagam dalam bentuk 4DX dan Dbox ini? Okay mari kita mulakan. Pertama sekali saya nak ingatkan yang review untuk filem Wira ini adalah pendapat saya secara peribadi, jadi saya akan cuba untuk tidak berikan spoilers untuk coretan tentang filem ini. Kedua, saya nak berterima kasih kepada GSCMovies dan Primeworks kerana telah menjemput saya untuk merasakan sendiri cinematic experience filem Wira ini dalam format 4DX.

INI YANG BEST

Image via: Thelaki.com.my

Apa yang saya rasa bagus atau membangga untuk filem Wira ini pertama sekali adalah ianya dibawah arahan pengarah terkenal, Adrian Teh. Sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri perfileman Malaysia, dan filem Wira ini bukanlah filem Bahasa Melayu pertama arahan beliau. Kepada yang tidak tahu, Adrian Teh dikenali dengan filem-filem seperti Lelio Popo, Hungry Ghost Ritual. Filem Wira ini juga adalah filem ketiga Bahasa Melayu arahan Adrian Teh selepas filem box office PASKAL The Movie yang dirilis pada tahun 2018 dimana ianya dibintangi oleh pelakon utama yang sama, iaitu Hairul Azreen.

KENA TENGOK DALAM 4DX ATAU DBOX

Image via: Thelaki.com.my

Bila saya sebut saja yang saya sudah pun menonton filem Wira ini kepada kawan-kawan, mereka akan soalkan kepada saya, “Best ke tak?”. Maka apa yang saya akan jawab adalah untuk sebuah filem yang ditonton mengunakan format 4DX atau DBox, ianya adalah filem yang best. Jika korang sejenis yang baru ingin cuba menonton filem dengan format 4DX, maka Wira ini adalah permulaan pengalaman yang bagus. 5 saat pertama apabila filem ini ditayangkan sahaja, korang dah boleh rasakan pengerakan dan percikkan angin yang disajikan pada kerusi pawagam 4DX ini. Disebabkan filem ini adalah filem aksi, maka pengunaan 4DX ini amat jelas sekali digunakan dengan sebaik mungkin oleh pengarah dan pereka pergerakan, terutama sekali apabila ada babak-babak dimana pelakon-pelakon bertumbuk antara satu sama lain, maka penonton juga dapat merasa impak dan gerakan pada kerusi pawagam. Bukan saja pergerakan, malah ada juga babak kebakaran dan secara tiba-tiba penonton dapat lihat seakan seperti asap timbul dihadapan screen pawagam. Jadi untuk sebuah filem dengan format 4DX, saya rasa terhibur dengan kepuasan yang telah mereka berikan didalam filem Wira ini.

SAYA SKEPTIK DENGAN PELAKON…

Image via: Thelaki.com.my

Pada mulanya saya agak skeptik dengan barisan pelakon filem Wira ini kerana ini adalah pengalaman pertama saya menonton hasil lakonan mereka. Tetapi mereka telah memberikan persembahan yang elok. Mungkin ada beberapa babak dimana dialog yang dilontarkan kelihatan agak janggal but for me, it’s still okay. Harus dipuji juga kepada beberapa supporting actors yang dapat membawa watak mereka dengan bagus hingga mereka nampak gah sebaris dengan pelakon utama filem ini. Lakonan pengarah; Dain Said sebagai watak antagonist juga sangat memuaskan dan nampak begitu classy.

JALAN CERITA YANG…

Image via: Thelaki.com.my

Untuk jalan cerita filem Wira ini, ianya tidak terlalu berat dan boleh dikatakan agak ringan. Walaupun ada beberapa babak yang membuatkan saya sebagai penonton persoalkan tingkah laku watak-watak serta arah tuju jalan cerita filem ini. Selain daripada aksi tumbuk menumbuk, ada juga babak-babak sinikal dan penampilan khas daripada pelakon dan pelawak seperti Zizan Razak dan Jack Lim yang cuba memberikan penonton mood yang ceria dengan lakonan komedi mereka.

AKSI FLAWLESS

Image via: Thelaki.com.my

Hands down, filem Wira ini harus dipuji pada babak aksi lasak tumbuk-menumbuk yang dipersembahkan. Untuk pengetahuan korang, pelakon dan pelatih seni aksi dari Indonesia Yayan Ruhian (yang dikenali dalam filem seperti The Raid, Star Wars: The Force Awakens), Yayan juga merupakan pengarah koreografi untuk babak aksi lasak dalam filem Wira ini. Satu yang saya paling suka adalah body language untuk babak aksi lasak yang dilakonkan oleh pelakon utama, Hairul Azreen yang nampak sangat flawless dan membuktikan yang beliau memang hero paling cocok untuk filem ini. Rata-rata setiap pertunjukkan aksi lasak dalam filem ini sangat memuaskan dan tiada pelakon pun yang nampak kayu apabila dalam babak aksi tumbuk-menumbuk.

3 BINTANG

Image via: Thelaki.com.my

Kesimpulannya secara jujur yang saya boleh bagi dalam filem ini adalah ianya adalah filem yang best kalau ditonton dalam bentuk format 4DX atau DBox. Sebagai penonton yang mahukan cinematic experience daripada filem tempatan kita sendiri, saya rasakan amat terhibur dan filem ini pada saya layak untuk menerima 3 bintang penuh. Kenapa 3 bintang penuh? kerana saya juga mengambil kira daripada sudut aksi lasak, editing dan cinematography dan kualiti hasil filem ini yang sangat memuaskan. Mungkin ada beberapa aspek yang perlu dibaik pulihkan lagi daripada team pengarah dan produksi filem ini, semoga kita boleh menerbitkan filem yang lebih bagus untuk menerima bintang yang banyak daripada penonton.

KATALAKI: Tip – Nak tengok 4DX atau DBox, jangan letak air minuman kat kerusi korang sebab nanti goyang-goyang tumpah terus weyh…

Last modified: 2 December 2019