Wireless Earbud Khas Untuk Gamer Bangsawan!

Gadget, Tech

Sekarang ini ramai yang telah beralih dengan menggunakan wireless earbud. Dekat market sekarang pun sudah banyak wireless earbud yang murah-murah tapi satu kekurangan wireless earbud ini adalah audio lag semasa korang gunakan ia bila main video games.

Jadi untuk menangani masalah ini, Razer telah datang menyelamatkan keadaan dengan memperkenalkan wireless earbud mereka sendiri yang khas untuk geng-geng gamers dan katanya mampu menyelesaikan masalah audio lag!

Wireless earbud yang diberi nama Razer Hammerhead True Wireless Earbud ini mempunyai feature yang dipanggil sebagai Gaming Mode. Mode ini mempunyai latency serendah 60ms dan akan memberikan audio yang lebih tepat dengan apa yang korang lihat di peranti korang.

Kalau dilihat daripada segi design, Razer Hammerhead True Wireless Earbud ini sangat mirip dengan Apple AirPods yang lama. Dan seperti AirPods yang lama, earbud daripada Razer ini bukanlah earbud jenis in-ear so kalau korang jenis macam aku yang tak berapa minat earbud jenis macam ini, Razer Hammerhead True Wireless Earbud ini mungkin tidak sesuai dengan korang. Aku pun kurang pasti kenapa Razer boleh kata yang earbud jenis bukan in-ear ini lebih sesuai untuk gaming padahal kita semua tahu, yang in-ear earbud dapat memberikan bunyi dan pengalaman yang lebih bagus.

Untuk mengawal media, Razer Hammerhead ini mempunyai feature Touch Control jadi korang cuma perlu sentuh earbud ini untuk menukar lagu, menjawab panggilan dan sebagainya. Cumanya kalau korang nak adjust volume, korang perlu lakukannya daripada peranti korang.

Razer menyatakan yang Razer Hammerhead True Wireless Earbud ini mampu bertahan selama tiga jam untuk sekali pengecasan. Battery yang disediakan pada charging pod pula adalah sebesar 275mAh dan mampu mengecas Razer Hammerhead ini sebanyak empat kali untuk memberikan masa penggunaan sehingga 15 jam.

Razer Hammerhead True Wireless Earbud ini sudah pun mula dijual di website rasmi Razer pada harga USD99.99 namun tiada info sama ada ia akan dijual di Malaysia ataupun tidak. Bagi aku, untuk mereka yang suka menggunakan wireless earbud semasa bermain video games, Razer Hammerhead ini mungkin earbud yang korang cari selama ini tapi bagi aku, aku lebih prefer wired earphone/headphone kalau aku nak main video games sebab bunyi yang lebih padu dan tiada latency!

KATALAKI: Razer fanboy dah order belum earbud ni?

Last modified: 1 November 2019