Wolverine Gaduh Dengan Deadpool

Sembang

Tipu la kalau korang tak nak tengok Wolverine dan Deadpool berlakon dalam satu filem kan? Tapi buat masa ni takde lagi cerita atau pengesahan daripada Hugh Jackman dan Ryan Reynolds yang dorang akan berlakon dalam satu filem sebagai Wolverine dan Deadpool. Untuk info korang, Wolverine dan Deadpool memang dalam franchise yang sama iaitu Marvel dan dua superhero ni memang ada kena mengena.

Sebelum Hugh Jackman bersara sebagai Wolverine dalam filem Logan, dorang pernah berlakon sama sebenarnya sebagai Wolverine dan Deadpool dalam filem X-Men Origins: Wolverine pada tahun 2009. Deadpool masa ni versi yang lain daripada filem Deadpool tapi menggunakan watak yang sama iaitu Wade Wilson.

Wolverine pun pernah juga cameo dalam ending scene dalam filem Deadpool 2 pada tahun 2018.

Permusuhan dorang ni bukan setakat dalam filem je. Kalau korang ada follow dorang kat media sosial, Hugh Jackman dengan Ryan Reynolds memang suka bahan membahan sesama sendiri.

Hari tu Ryan Reynolds siap kena prank. Berbulu je muka brader.

 

View this post on Instagram

 

These fucking assholes said it was a sweater party. 🎄

A post shared by Ryan Reynolds (@vancityreynolds) on

Berita gembira untuk kita yang nak tengok Wolverine dan Deadpool beraksi, baru-baru ni Hugh Jackman dan Ryan Reynolds dah buat perjanjian kedamaian atau truce selepas asyik bergaduh kat media sosial dengan berlakon dalam satu iklan yang sama untuk syarikat masing-masing. Mungkin dorang akan berlakon sebagai Wolverine dan Deadpool dalam iklan tu nanti? Sama-sama kita nantikan.

KATALAKI: Tak dapat tengok Wolverine dengan Deadpool dalam satu filem tapi dalam iklan pun jadi laaa mat.

Last modified: 3 February 2019