Wrestlers-Wrestler Kaki Main Game!

Sembang

Kalau nak cerita tentang WWE wrestlers, memang sampai kesudah tak habis. Dari tahun 1950 sampailah ke sekarang, aku rasa nak dekat beribu wrestler yang keluar masuk dalam WWE. Walaupun aku tak berapa nak layan sangat WWE yang sekarang tapi kalau tengok gambar aku still kenallah dorang ini siapa.

Dalam beribu wrestler dalam WWE, terdapat beberapa orang daripada dorang yang kaki main game kalau korang nak tahu. Yelah dorang pun bukannya bergaduh sahaja 24 jam. Ada masa dorang pun macam kita juga nak rehat sambil main video game. So hari ini aku nak share dengan korang beberapa orang wrestler yang kita boleh panggil Bro Gamers jugak!

SETH ROLLINS

Kalau korang minat WWE dan video games, aku yakin korang mesti tahu yang Seth Rollins dijadikan sebagai cover untuk permainan video W2K18. Dalam satu episode dalam RAW, Seth Rollins ada bagitahu yang dia memang minat main video games lebih-lebih lagi yang berciri sport games. Daripada sebelum dia join WWE lagi dia memang berharap yang satu hari nanti dia dapat jadi cover untuk permainan video dan akhirnya impian dia tercapai dalam W2K18!

Image via: www.Twitter.com

KOFI KINGSTON

Kingston mula bermain permainan video sejak dia kecil lagi. Console pertama yang buatkan dia jadi addicted dengan video games adalah Commodore 64 dan video games yang pertama dia main adalah Barbarian The Ultimate Warrior. Kalau korang nak tahu Kingston ini merupakan salah seorang fanboy Nintendo sejak dari kecil lagi. Dalam satu episode WWE Superstar Toys, Dia ada tunjukkan satu Arcade game yang mempunyai 125 classic video games dekat rumah dia.

KANE

Sebelum aku nak cerita pasal Kane, korang tahu tak yang Kane sekarang merupakan seorang Datuk Bandar di Knox Country, Tennessee. Bukan biasa-biasa bossku! Selain menjadi seorang Wrestler dan Datuk Bandar, Kane juga merupakan seorang gamer. Dia selalu menghabiskan masa dia dengan bermain permainan video Madden NFL dekat console Xbox One dia. Memang serba boleh Kane ni!

JOHN CENA

Kalau korang minat WWE, mesti korang tahu yang John Cena ini memang seorang gamer tegar. John Cena atau nama sebenarnya John Felix Anthony Cena Jr ada bagitahu dalam satu temubual dia bersama dengan Game Rant yang dia memang merupakan seorang peminat permainan video NES sejak kecil lagi. Antara gamegame classic NES yang dia minat adalah Donkey Kong, Mario Bros, Ice Climber dan Urban Champion.

Imagei via: https://fact5.net

Ramai lagi wrestler kaki main game tapi aku share yang ini dulu untuk korang. Oh ya, korang tahu tak dekat mana dan apa yang legendlegend WWE wrestlers buat sekarang selepas dorang bersara? Kalau korang nak tahu, baca artikel aku tentang dorang dekat SINI.

KATALAKI: Agak-agak wrestler ni kalau dia kalah main game dia campak tak controller dorang macam yang kita buat selalu? Hahaha!

Last modified: 25 April 2019