WWE Legends – Dimana Mereka Sekarang?

Sembang

Korang yang lahir tahun 90an mesti korang layan wrestling kan? Yang start tengok dari tahun 1995 mesti pernah lalui zaman Attitude Era yang tengah popular masa itu. Zaman itu bagi aku adalah zaman scene wrestling yang paling best!

via GIPHY

Bercakap tentang Attitude Era, banyak wrestlerwrestler legend yang menjadi pujaan ramai. Ada yang orang masih ingat sampailah ke sekarang. Wrestlerwrestler yang aku masih ingat sampai sekarang bukan sebab dia pandai berlawan tapi sebab watak yang dorang bawa dalam WWE masa itu. Ada diantara dorang yang dah bersara jadi wrestler dah pun.

Bila dorang dah bersara, aku tertanya-tanya jugalah. Apa yang dorang buat sekarang lepas dah bersara daripada jadi wrestler. So hari ini aku nak share tentang beberapa wrestler yang aku minat yang dah bersara dan apa yang dorang buat sekarang.

BOOKER T

via GIPHY

Siapa saja yang tak kenal Booker T? Wrestler yang terkenal dengan catchphraseCan you dig it, sucka?!” ini bermula dalam bidang wrestling ini di Total Nonstop Wrestling (TNA) dan WCW sebelum dia mula join WWE. Selama dia menjadi wrestler, dia telah memenangi 35 titles dengan 21 WCW Heavyweight dan enam World Television Championships.

Image via: allwrestling.com

Pada 2011 sebelum dia bersara, Booker T mula kurang muncul dalam mana-mana perlawanan sebaliknya dia nampak lebih banyak menjadi Smackdown! Commentator. Pada tahun 2015, Booker T telah mengumumkan yang dia ingin bersara dan sekarang dia lebih suka berkerja sebagai panelist untuk pay-per-view wrestling events.

SHAWN MICHAELS

via GIPHY

Shawn Michaels atau lebih dikenali dengan gelaran Heartbreak Kid ini boleh dikatakan salah seorang wrestler pilihan ramai juga. Setiap kali dia muncul dalam gelanggang mesti peminat-peminat jadi eksited gila!

Tak dilupakan finisher dia yang diberi nama Sweet Chin Music yang memang ditakuti oleh wrestlerwrestler lain. Dia telah bersara pada tahun 2011 dan setahun selepas dia bersara dia telah menerima penghormatan paling tinggi bila dia dimasukan didalam WWE Hall of Fame. Sekarang ini dia ada rancangan TV dia sendiri yang diberi nama Shawn Michaels MacMillan River Adventures.

THE ROCK

via GIPHY

If You Smell, What The Rock Is Cooking?!” bila keluar saja ayat ini, memang satu stadium bersorak sebab dorang tahu yang The Rock nak masuk gelanggang. The Rock ataupun nama sebenar dia Dwayne Johnson sangat sesuai dengan gelaran dia iaitu The People Champion sebab memang semua orang suka dia!

Selepas dia mula berlakon dalam movie pertama dia iaitu movie The Scorpion King iaitu satu spinoff movie The Mummy pada tahun 2012, dia mula mendapat perhatian pengarah-pengarah filem di Hollywood. Sejak daripada itu, dia mula muncul dalam banyak lagi filem-filem besar contohnya movie The Fast and The Furious dan banyak lagi!

STONE COLD STEVE AUSTIN

via GIPHY

Selain The Rock, Stone Cold Steve Austin juga merupakan wrestler yang paling berpengaruh masa zaman Attitude Era. Boleh dikatakan kalau nak ikutkan ranking, aku akan letak Stone Cold Steve Austin paling atas and The Rock nombor dua. Setiap kali perlawanan-perlawanan besar, mesti semua orang tunggu Stone Cold Steve Austin masuk gelanggang walaupun perlawanan itu bukan perlawanan dia.

Image via: gazette.com

Namun disebabkan kecederaan pada leher dan lututnya yang semakin teruk sepanjang dia menjadi wrestler, Stone Cold Steve Austin akhirnya mengambil keputusan untuk bersara. Sekarang ini dia mempunyai rancangan TV dia sendiri iaitu Redneck Island dan juga Steve Austin Skull Challenge.

LITA

via GIPHY

Lita atau nama sebenarnya Amy Christine Dumas pada awalnya adalah seorang wrestler di Extreme Championship Wrestling (ECW) sebelum dia masuk ke WWE pada tahun 1999. Lita ni dulu memang menjadi awek idamanlah masa zaman dulu. Dia juga selalu berganding dengan Jeff dan Matt Hardy dan juga empat kali juara WWE Women’s Championship.

Selepas dia bersara pada tahun 2006, Lita mula melangkah ke bidang hiburan lain. Dia mula menjadi seorang professional musician dan pada September 2007, dia telah mengeluarkan first album dia bersama punk rock band yang diberi nama Amy Discordia.

via GIPHY

Tak dilupakan juga wrestlerwrestler yang telah telah pergi buat selamanya. Contohnya Eddie Guerrero yang meninggal pada usia 38 tahun disebabkan heart failure, Randy Savage pada usia 58 tahun disebabkan sakit jantung dan Roddy Roddy Piper pada umur 61 tahun disebabkan serangan jantung.

KATALAKI: Aku dah jarang tengok wrestling sekarang. Kalau tengok pun mesti sebab masa itu ada dekat mamak dan dia tengah pasang dekat tv besar dia hahaha!

Last modified: 19 April 2019