Xbox One Pakai Keyboard & Mouse?

Gadget, Tech

Microsoft nampaknya betul-betul all out dalam merealisasikan gabungan dunia gaming console dan jugak PC. Pada bulan lepas Microsoft telah mengumumkan yang keyboard dan mouse bakal boleh digunakan pada console Xbox One.

Tidak melepaskan peluang, Razer yang merupakan jenama besar dalam gaming peripheral telah turut mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan keyboard dan mouse kombo khas untuk Xbox One yang diberi nama Razer Turret.

Razer Turret dilihat sama seperti keyboard dan mouse yang pernah dikeluarkan oleh Razer sebelum ini tetapi Razer menambahkan satu platform dibawahnya keyboard yang memudahkan pengguna meletaknya di atas riba.

Keyboard ini mempunyai saiz yang tidak terlalu besar iaitu 194 x 390 x 37 mm dan mempunyai berat 1.8kg sahaja. Keyboard yang Razer Turret gunakan adalah jenis mechanical dengan dedicate Xbox Key yang membolehkan pengguna mengakses terus Xbox One Dashboard.

Macam yang aku cakap tadi, dibawah keyboard ni terdapat satu platform yang mana boleh digunakan sebagai mousepad untuk mouse Razer Turret. Kalau korang tengok mouse ni, ianya seakan-akan mouse yang pernah dikeluarkan oleh Razer iaitu Razer Mamba. Seperti Razer Mamba, mouse ini jugak lengkap dengan tujuh Hyperespone button yang boleh disetkan dengan pelbagai function.

Razer Turret keyboard and mouse combo ini boleh disambungkan dengan Xbox One directly menggunakan USB cable ataupun menggunakan Bluetooth dengan sambungan USB Dongle.

Bagi penggunaan battery pula, Razer Turret mampu bertahan sehingga 43 jam untuk keyboard dan 50 jam untuk mouse dalam sekali charge. Namun bila korang on dia punya RGB light, tahap penggunaan keyboard dan mouse akan menurun sehingga 11 jam untuk keyboard dan 30 jam untuk mouse.

So ape pendapat korang dengan keyboard and mouse combo Razer Turret ni? Kalau korang ada Xbox One adakah korang akan beli Razer Turret ni?

KATALAKI: Aku still tak boleh brain kenapa nak guna keyboard dan mouse dekat console? Beli PC jelah kan senang!

Last modified: 24 December 2018