Xiaomi Mi Pad 4 – Review + GIVEAWAY

Gadget Bro, Watch

Ok itu hari aku ada ternampak komen yang minta aku review tablet android yang murah dalam masa yang sama still berbaloi untuk dibeli. Aku tak tahu kenapa dia tak beli iPad je, maybe sebab dia pun tak suka Apple punya product macam aku hahaha. 

Ok buat masa sekarang ni aku rasa tablet yang berbaloi untuk dibeli dan murah adalah Xiaomi Mi Pad 4. Screen size untuk Mi Pad 4 ini adalah 8 inci dan spec yang dorang letak dalam Xiaomi Mi Pad 4 ni pun boleh tahan cun gak.

Body untuk Mi Pad 4 ni adalah daripada jenis metal dan benda ini membuatkan Mi Pad 4 ni agak berat bila dipegang. Screen ratio dia pulak adalah 16:10 dan nampaknya Mi Pad 4 ni lebih kecil berbanding dengan tablet Xiaomi sebelum ini kalau kita bandingkan dengan dia punya kelebaran.

Dekat belah kanan tablet ni terdapat volume rocker dan power button. Pada belah kiri pulak terdapat memory card slot. Oh aku lupa nak cakap yang Xiaomi Mi Pad 4 ni ada dua jenis iaitu versi yang boleh guna sim card dan versi yang cuma boleh guna wifi sahaja.

Dibahagian atas dia still terdapat audio jack dan dibahagian bawah dia terdapat port untuk USB type C dan jugak speaker dibahagian kiri dan kanan USB port. Rear camera untuk Mi Pad 4 ini sebesar 13 Megapixel dan front camera dia sebesar 5 Megapixel 

Spec untuk Xiaomi Mi Pad 4 ni boleh tahan jugaklah. Untuk processor dia menggunakan Snapdragon 660 dengan 3GB RAM dan 32GB memory. Tablet ini jugak didatangkan dengan versi 4GB RAM dan 64GB memory. Battery kapasiti untuk tablet ni pulak adalah 6,000mAh, besar wey battery dia! 

aku rasa kalau aku memang tengah mencari tablet sekarang ni, memang aku akan beli tablet Xiaomi Mi Pad 4 ni sebab daripada segi quality, dia lebih bagus berbanding tablettablet Android yang aku pernah pakai sebelum ni.

Dia punya penggunaan pun smooth takda sangkut-sangkut macam tablet Android lain plus sound quality untuk Mi Pad 4 ni agak cun bagi aku walaupun aku bukak pada max volume. Kalau aku beli Xiaomi Mi Pad 4 ni, aku akan buat dia sebagai tempat untuk aku tengok movie or Youtube video.

KATALAKI: Korang nak menang Xiaomi Mi Pad 4 ni? Kalau nak klik SINI cepat!

Last modified: 7 February 2019