XPAX Kejohanan E-sukan Kampus Kembali Lagi!

Game, Tech

Di atas kejayaan mereka pada XPAX Kejohanan E-sukan Kampus musim pertama, pihak Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad hari ini telah mengumumkan Kejohanan E-sukan Kampus Semester Kedua. Sama seperti musim pertama, kejohanan ini dilakukan bagi mencari bakat-bakat baru yang mana mungkin boleh dijadikan bakat baru dalam pasukan Esports Malaysia.

Dalam kejohanan ini, pihak Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad akan round satu Malaysia dan pergi ke pusat-pengajian tinggi terkemuka di Malaysia bagi mencari pasukan terhebat untuk merebut wang tunai terkumpul berjumlah RM180,000!

Kejohanan yang dianjurkan oleh MyGameOn bersama rakan kongsi Kitamen ini akan diadakan di lima zon diseluruh Malaysia. Dalam Kejohanan E-sukan Kampus kali ini, pihak MyGameOn nampaknya hanya akan mengfokus kepada dua permainan video sahaja iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan juga PUBG Mobile.

Sama seperti kejohanan sebelum ini, acara ini akan dimulakan dengan online qualifier dan selepas itu ke semua pasukan yang layak akan bertanding untuk mendapatkan tempat dalam top 16. Selepas itu, 16 pasukan ini akan berentap di final zone untuk melihat pasukan manakah yang akan layak untuk bertanding di Grand Final di Kuala Lumpur pada akhir bulan November nanti.

Kampus yang paling banyak mengumpul mata kemenangan juga akan turut membawa pulang biasiswa sebanyak RM50,000 yang mana ditaja oleh Celcom XPAX. Ini dilihat sebagai salah satu usaha Celcom untuk memantapkan dan memeriahkan lagi scene Esports di Malaysia.

Seperti yang aku bagi tahu tadi, terdapat lima zone yang dorang akan datang. Berikut adalah jadual dan tempat bagi setiap zone:

BORNEO

  • Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak.
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak.
  • 21 & 22 September 2019

SOUTHERN

  • Negeri Sembilan, Melaka& Johor.
  • Paradigm Mall, Johor Bahru.
  • 28 & 29 September 2019

CENTRAL

  • Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya.
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.
  • 5 & 6 October 2019

NOTHERN

  • Perak, Penang, Perlis & Kedah.
  • Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
  • 12 & 13 October 2019

EAST COAST

  • Pahang, Terengganu, Kelantan.
  • Kuantan City Mall, Kuantan Pahang.
  • 26 & 27 Oktober 2019

GRAND FINAL

  • The Curve, Damansara.
  • 23 & 24 November 2019

Seperti Kejohanan E-sukan Kampus yang lepas, untuk semester kedua ini pihak MyGameOn tetap akan membawa persembahan oleh artis-artis terkenal ke setiap zone. Antara artis yang akan muncul adalah Hael Husaini, Indah Ruhaila, Ismail Izzani, Nabila Razali dan ramai lagi.

Bagi korang yang berminat untuk mewakili universiti masing-masing, korang boleh mendaftar di website rasmi MyGameOn di SINI ataupun kalau korang ada apa-apa soalan berkenaan Kejohanan E-sukan Kampus Semester 2, korang boleh terus pergi ke Facebook Page MyGameOn!

KATALAKI: #XPAXKEK yang lepas wakil daripada Sabah yang menang. Untuk Semester 2 ni universiti mana pulak akan jadi juara?

Last modified: 6 September 2019