Tiada Yakuza Kiwami – Ini List Free Game PS Plus Asia November

Game, Tech

Semalam pihak Playstation telah mengeluarkan senarai penuh untuk permainan percuma bagi mereka yang subscribe PS Plus. Aku tak terkejut dengan senarai yang dikeluarkan untuk bulan ini disebabkan senarai ini telah pun leaked pada bulan lepas.

Tapi bagi korang yang tak perasan tentang leaked PS Plus November list, jangan risau kitorang akan share dengan korang hari ni.

BEYOND: TWO SOULS (PS4)

Beyond: Two Souls merupakan permainan video berbentuk Action-Adventure yang dikeluarkan untuk konsol PS3 dan jugak PS4. Permainan ini telah dikeluarkan oleh Sony Computer Entertaiment pada tahun 2013.

Dalam permainan Beyond: Two Souls mengisahkan tentang Jodie Holmes yang mempunyai kuasa psychic sejak dari kecil. Jodie juga mampu berinteraksi dengan satu entiti yang bernama Aiden dimana hanya Jodie saja yang mampu melihat dan merasa kehadirannya.

Disebabkan Aiden hampir membunuh orang yang berada disekeliling Jodie, ibu bapanya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan dia dibawah jagaan doktor Nathan Dawkins dan Cole Freeman, seorang pegawai dari United Stated Department of Paranormal Activity. Mampukah Jodie menjauhkan diri dari Aiden? yang itu korang kene main dan cari jawapan dia sendiri.

METRONOMICON: SLAY THE DANCE FLOOR (PS4)

Sebuah permainan indie yang dikeluarkan oleh Puuba Studio. Metronomicon telah dikeluarkan untuk PC pada tahun 2016 dan pada tahun 2017 untuk PS4.

Permainan yang menggabungkan dua elemen iaitu Rhythm dan RPG nampak sangat menarik dan berbeza berbanding dengan permainan video lain. Player harus menekan button mengikut simbol yang keluar untuk mengalahkan musuh. Metronomicon jugak boleh dimainkan secara co-op so bolehlah korang ajak kawan-kawan korang main sekali.

Dua tajuk diatas merupakan line-up utama yang dikeluarkan untuk November PSPlus. Korang jugak akan dapat satu theme percuma yang bermotifkan pesta Khom Loi, satu pesta tanglung yang disambut oleh masyarakat Thailand.

Nampaknya sekali lagi subscriber PS Plus Asia dianak tirikan kerana untuk subscriber PS Plus region lain, mereka akan dapat Yakuza Kiwami dan Bulletstorm Full Clip Editon.

KATALAKI: Aku rasa nak stop subscribe PS Plus lah macam ni 🙁

Last modified: 7 November 2018