Yang Dulu Kaya Kini Menjadi Negara Paling Miskin!

Sembang

Korang bayangkan sebuah negara yang dahulunya dikatakan merupakan antara negara terkaya tapi sekarang menjadi antara negara termiskin. Mesti korang pelikkan macam mana sesebuah negara itu boleh berubah sampai jadi macam itukan? Lagi-lagi bila negara tersebut boleh dikatakan antara negara terkecil di dunia. Hari ini aku nak share dengan korang tentang Nauru, sebuah negara yang kini menjadi lokasi penempatan pelarian dari kerajaan Australia!

Sebelum itu mari kita mengenali negara Nauru dahulu sebab aku tahu, ini mungkin kali pertama korang dengar tentang negara ini. Nauru ini merupakan satu pulau dan negara kecil yang terletak di Lautan Pasifik. Saiz pulau ini hanya sebesar 21KM persegi sahaja.

Dahulunya negara ini boleh dikatakan menjadi tumpuan pelancong kerana kecantikannya. Ia mempunyai pantai yang cantik dan sekelilingnya dipenuhi dengan terumbu karang yang lawa-lawa. Pada sekitar tahun 1980an, Nauru mula melakukan aktiviti perlombongan bagi menambahbaik ekonomi mereka yang sebelum ini hanya tertumpu pada aktiviti ekonomi tradisional sahaja.

Banyak jentera cari gali mula dipasang untuk mencari bahan galian yang bernilai tinggi seperti phosphate dan juga bauksit. Aktiviti ini telah menyebabkan banyak syarikat daripada negara luar mula datang dan melakukan aktiviti perlombongan di negara tersebut. Disebabkan banyak syarikat dari luar mula datang ke Nauru, mereka dapat menaikkan pendapatan negara mereka.

Pada tahun 1995, New York Times menyatakan yang penduduk Nauru boleh dikatakan antara yang terkaya di dunia kerana aktiviti perlombongan ini telah memberikan pendapatan puluhan juta USD setahun! Phosphate yang telah digali ini dikatakan akan dibawa ke Australia kerana dari tahun 1947 sehingga tahun 1966, Australia mempunyai kedaulatan ke atas negara Nauru.

Seperti mana yang kita lihat terjadi kepada negara yang terlalu rakus meratah hasil bumi, kecantikan pulau Nauru mula hilang dan mula teremar akibat daripada aktiviti perlombongan. Penduduk Nauru pada masa itu mula merasakan yang pulau tempat mereka membesar ini tidak selamat lagi seperti dahulu.

Jangkaan mereka betul kerana setelah beberapa tahun aktiviti perlombongan dilakukan, syarikat daripada luar ini mula perasan yang hasil lombong dikawasan itu semakin berkurang dan mereka mengambil keputusan untuk memberhentikan aktiviti perlombongan. Ini telah mengakibat rakyat Nauru yang masih tinggal di pulau tersebut kembali menjadi miskin.

Bagai jatuh ditimpa tangga, Nauru kini dijadikan sebagai tempat pelarian mendapat perlindungan daripada kerajaan Australia. Disebabkan kerakusan Australia dahulu, mereka telah bersetuju untuk membayar pampasan kepada kerajaan Nauru akibat aktiviti perlombongan mereka dahulu.

Kalau dilihat keadaan Nauru dahulu dan sekarang, memang sangat-sangat berbeza. Kadar pengangguran juga sangat tinggi dan sistem pendidikan juga telah hancur akibat rakyat-rakyat mereka yang hidup dalam kemiskinan. Tahap kesihatan rakyat Nauru juga merundum teruk apabila mereka dikatakan mengidap penyakit yang serius seperti diabetes, obesiti dan juga depresi.

Disebabkan aktiviti pelombongan yang dilakukan pada masa dahulu, penduduk Nauru juga tidak dapat untuk melalukan aktiviti bercucuk tanam kerana tanah disekitar pulau Nauru yang telah tercemar. Ini telah menyebabkan mereka cuma bergantung kepada makanan yang telah diproses dan ini juga menjadi punca kenapa rakyat mereka boleh mengidap penyakit seperti diabetes dan juga obesiti. Pencemaran ini juga dikatakan telah menyebabkan jangka hayat penduduk di Nauru merosot kepada 60 tahun sahaja.

Disebabkan itu, mana-mana negara yang tidak memantau aktiviti perlombongan ataupun cari gali di negara mereka, pasti sesuatu yang buruk akan terjadi. Seperti apa yang terjadi di Nauru, kita boleh lihat apa yang akan terjadi kepada negara yang terkaya hancur disebabkan aktiviti perlombongan yang tidak dikawal dengan betul!

KATALAKI: Protect our Mother Earth!

Last modified: 4 December 2019