Yerba, Sejenis Air Yang Selalu Diminum Oleh Lionel Messi

Aktif, Bola

Kalau korang penggemar sejati sukan bola sepak, mesti korang boleh perasan ada sejenis minuman di dalam bekas istimewa yang selalu diminum oleh GOAT of Football, Lionel Messi. Bukan Messi je yang minum sebenarnya, ramai gak pemain bola sepak ternama di dunia yang lain pernah minum minuman ni. Korang teringin tak nak tahu tu air apa sebenarnya?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Minuman tersebut dikenali sebagai Yerba Mate Tea, diperbuat daripada sejenis herba yang diambil daripada daun Yerba Mate, popular dan berasal dari negara-negara Amerika Selatan antaranya Uruguay, Argentina, Paraguay dan Brazil. Sebab tu jarang kita nampak pemain bola sepak yang beraksi kat Premier League minum air ni.

Apa yang membuatkan pemain bola sehebat Messi minum air ni? Ada kebaikan ke? Dah nama pun herba kan. Dah tentu sekali ada kebaikan tersendiri yang boleh membantu menaikkan lagi prestasi pemain bola sepak tersebut di dalam padang daripada segi ketahanan badan.

Image Via : nssmag.com

Yerba Mate Tea juga mengandungi kafein sama macam kopi, teh dan minuman bertenaga yang korang selalu minum tu. Selain daripada memberi tenaga kepada tubuh badan, Yerba Mate Tea juga dipercayai boleh mengawal diet yang diperlukan untuk seorang pemain bola dalam masa yang sama membekalkan vitamin kepada tubuh badan dan meningkatkan daya fokus seorang pemain bola sepak.

Image Via : thesun.co.uk

Walaupun kita tak selalu nampak pemain bola sepak di Premier League yang minum Yerba Mate Tea, tapi sejak pemain-pemain yang berasal daripada Amerika Selatan semakin ramai yang beraksi di Premier League, budaya minum Yerba Mate Tea dah mula popular di kalangan pemain-pemain Premier League terutama sekali pasukan yang ada ramai pemain daripada negara Amerika Selatan.

KATALAKI: Kami tak pernah lagi rasa air ni, tapi ada yang kata Yerba Mate Tea rasa macam air teh, dia punya kaw macam kopi.

Last modified: 19 September 2019