YEAH Asia League Cari Player Baru!

Game, Tech

Minggu ini geng THELAKI telah dijemput untuk menghadiri launch event YEAH Asia League yang dibawakan oleh Yes! E-sport Asia Holding Limited (YEAH). YEAH Asia League dikatakan akan membawa pelbagai permainan video yang belum pernah dipertandingkan secara besar di Malaysia seperti Overwatch, NBA2K dan juga Fortnite.

YEAH Asia League jugak dikatakan akan mengadakan pelbagai esport tournament dan festival di seluruh Asia sambil mencari pemain-pemain baru untuk bernaung dibawah Yes! E-sport Asia. Mereka juga dikatakan akan cuba menarik lebih ramai audience melalui kerjasama dengan media-media tempatan, social influencer dan pelbagai platform streaming.

Malaysia merupakan negara pertama yang dipilih untuk diperkenalkan tentang YEAH Asia League manakala negara lain seperti Bangkok dan Tokyo selepas December 2018. Segala tournament dan event akan mula dijalankan bermula January 2019 sementara mereka mengumpulkan talent dan brand yang ingin berkerjasama.

Ketika ditanya mengapa memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk memperkenalkan tentang YEAH Asia League, founder YES! E-sport Asia berkata Malaysia mempunyai ramai talented player namun cuma terdapat beberapa tournament dan beberapa games saja yang dipertandingkan.

Pihak YEAH menjanjikan sebuah platformesport + entertainment” yang boleh menarik lebih banyak peminat dan esport player lain sambil melatih dan menguruskan esport player yang terpilih.

Esport merupakan adalah satu market dan peluang perniagaan yang semakin berkembang dan dengan pengumuman untuk membawa esport ke sukan SEA 2019, pihak YEAH yakin yang memilih Malaysia sebagai satu pilihan yang bagus, Kata Mr Timorthy Shen founder kepada Yes! E-sport Asia Holding Limited.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang YEAH Asia League, Korang boleh check di website rasmi dorang dekat SINI.

KATALAKI: Asyik tournament PUBG dengan Mobile Legends je, kene ade tournament game lain juga baru adilkan?

Last modified: 14 December 2018